Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 7, 2021 @ 3:51pm

DSV Sambut Hari Jadi Anak Arwah Siti Sarah, Netizen Siap Usik – “Ini ‘Calon’ Ibu Terbaik…”

Penyanyi dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dilihat berkongsi majlis sambutan hari jadi anak sulung kepada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Uwais Al-Qarni pada Isnin.

Perkongsian yang dimuat naik oleh DSV menerusi akaun Instagram miliknya itu ternyata mencuri perhatian warganet yang kelihatan terharu dan teruja dengan kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan DSV kepada ketiga-tiga anak Allahyarham.

Menurut DSV, sambutan hari jadi yang diadakan ini adalah bagi menebus semula sambutan ulangtahun yang diadakan pada 5 Disember lalu memandangkan beliau tidak dapat hadir ke acara berkenaan.

“Happy Birthday Uwais, Maaf Mama Vida tak dapat datang Masa Uwais celebrate haritu. So Mama Vida Celebrate sekali lagi.

“Semoga Uwais dan adik-adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu, Jadi anak Daddy yang HEBAT,” tulisnya.

Malah, pada majlis sambutan hari jadi itu juga Vida tidak lupa mengajak orang ramai untuk membacakan Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah.

“Ramai-ramai kita sedekahkan Al – Fatihah kepada Bidadari Syuga @sitisarahraissuddin,” katanya.

“Calon ibu Uwais, Talita, Matin & Affan…”

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet ‘mengusik’ DSV adalah antara calon terbaik menjadi ibu kepada anak-anak Allahyarham memandangkan keakraban diantara mereka jelas terpancar pada video berkenaan.

Selain itu, Shuib juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih kepada DSV diatas masa yang diberikan untuk sambutan majlis hari jadi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gaji RM10,000 & Bujang” – DSV Cari Lelaki Handsome Nak Dijadikan PA, Komen Shuib Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: “Alami Batuk & Kahak Berdarah” – Cik B Positif COVID-19, DSV Mohon Doa Orang Ramai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

TERKINI : Najib Ditahan SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi. Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. […]

Featured Sun, 19 Apr 2020

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua sumber biodiversiti penting untuk hidupan

Trending Sat, 17 Nov 2018

Beli Beg Mewah Hampir 5 Ribu Dalam Talian, Terkejut Bila Barang Sampai

seorang wanita  yang terkejut apabila menerima bungkusan beg mewah dalam talian yang dibelinya

Hiburan Sun, 27 May 2018

Projector Band Sudah Tidak Laku?

Fenomena ‘one hit wonder’ sememangnya sering menghantui anak seni terutamanya penyanyi. Apakah populariti sekelip mata pernah diraih Projector Band menerusi single Sudah Ku Tahu pada 2016 kian pudar?

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
error: Content is protected !!