Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 10, 2021 @ 7:55am

myundi Sedia Info Terkini Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

Usai pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kini masa untuk PRN negeri Sarawak yang ke-12 sekaligus menutup PRN buat tahun 2021.

Seperti biasa, rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya itu melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal sehenti pilihan raya myundi telah dilancarkan oleh REV Media Group pada pilihan raya 2018 yang lalu menyalurkan berita-berita semasa dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya.

Myundi kini dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web.

Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi pada 18 Disember 2021. Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sarawak adalah:

6 Disember 2021 – Hari Penamaan Calon
7 – 17 Disember 2021 – Tempoh Berkempen
14 Disember 2021 – Hari Pengundian Awal
18 Disember 2021 – Hari Mengundi

Orang ramai boleh menggunakan myundi sepenuhnya dengan ciri-ciri baru yang lebih moden, optimum dan lebih responsif. Segala maklumat dan informasi adalah dari sumber-sumber yang sahih (memaparkan laporan berita terkini dari akhbar-akhbar terkemuka tempatan; Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan boleh skala (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

PRN-12 ini merupakan PRN terbesar pernah diadakan di negeri Sarawak dengan jumlah 82 kerusi dipertandingkan.

Kesimpulannya, myundi memberi anda kiraan undi terkini pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, keputusan dikemaskini secara langsung dari seluruh Malaysia.

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Nov 2024

Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

Fazura dapat hak jagaan Fatima sepenuhnya, Fattah diberi hak lawatan dan bermalam

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Featured Fri, 11 Jul 2025
Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Events Thu, 19 Sep 2024

“Nak Kata Saya Terpaling Tahu, Terpulang! Kecaman, Makian, Kutukan Saya Terima… Kita Cuma Perlu Otak” – Uyaina Arshad

“Nak komen apa, kata apa, saya sudah lali. Ignorance is a bliss untuk saya” – Uyaina

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Buka Tirai Album Kedua, Aina Abdul Lancar Single Pop Jazz ‘Berjauh-an’… Jalin Kerjasama Dengan Penerbit Indonesia

Lagu Berjauh-an dipilih oleh Aina Abdul sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini.

error: Content is protected !!