Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 11, 2021 @ 12:41pm

Kes Buli Pelajar di MRSM, Polis Tahan 6 Suspek Utama

Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, kesemua suspek berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.

“Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, hingga menerima kecaman orang ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 hingga 2 pagi pada 9 Dis melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Terpalit Dakwaan Bercinta Dengan Selebriti Indonesia, Ini Respons Nadia Annuar 

Nadia Annuar tepis dakwaan bercinta dengan jejaka Indonesia

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] “Banyaknya Duit Dia!” – Netizen Tergamam Ifa Raziah Beli Emas Lebih RM100,000

Fuhhh besar-besar 😍 Alhamdulillah rezeki dia.. Happy birthday Kak Ifa! 🥳

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Reen Rahim Akui Pernah Bernazar Mohon Anak, Kini Lebih Tenang Bertudung – “Saya Akan Cuba Jadi Lebih Baik Dalam Menutup Aurat”

Reen mengakui dia masih mengharapkan rezeki zuriat, namun memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

Hiburan Tue, 3 Jun 2025
Contest Mon, 27 May 2019
error: Content is protected !!