Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal July 8, 2019 @ 3:42pm

Mira Berguru Dengan Dua Fauziah

Tidak pernah berhenti memantapkan mutu lakonan, Mira Filzah sanggup mencari masa berguru dengan pelakon berpengalaman seperti Fauziah Nawi dan Fauziah Ahmad Daud.

Mira berkata, inisiatif itu diambil selepas melihat ramai anak seni berbakat besar yang tidak jemu belajar dan menggali ilmu dalam usaha menjadi pelakon yang baik.

“Setiap kali sebelum memulakan penggambaran, terutama membabitkan watak berat, saya akan cari guru supaya dapat memahami karakter dengan lebih baik.

“Memang sesetengah produksi menyediakan guru lakonan, tetapi sebagai pelakon, kita juga seharusnya mengambil inisiatif jika mahu lakonan diingati ramai.

“Lakonan saya masih banyak kekurangan dan saya takut tidak mampu memenuhi kehendak pengarah, namun asas pembelajaran daripada individu berpengalaman menambah keyakinan,” katanya.

Mira berkata, meskipun sesi yang dihadiri singkat, kelas atau bengkel lakonan bersama dua guru berpengalaman itu sangat membantu ketika di lokasi penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Mira berkata, dia berdebar menanti kehadiran filem terbarunya, Sangkar yang bakal menemui penonton bermula 29 Ogos ini.

Mira berkata, watak Liya iaitu adik kepada Johan lakonan Remy Ishak dalam filem yang mengetengahkan sukan Mix Martial Art atau MMA turut menyaksikan gandingan pertama mereka di layar lebar.

“Memang saya tidak membawakan babak lasak, namun saya perlu bersedia dari segi emosi dan mental kerana watak Liya turut mempunyai cabaran tersendiri.

“Tambahan pula, bergandingan kali pertama dengan pelakon berpengalaman seperti Remy dan Zul Ariffin, saya perlu pastikan diri benar-benar bersedia sebelum memasuki set dengan memasuki kelas lakonan,” katanya.

Sangkar arahan Kabir Bhatia menggabungkan empat produksi iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Wed, 24 Sep 2025

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Album vinyl ini adalah hadiah buat peminatyang menyokong karier nyanyiannya beliau.

Filem Tue, 25 Nov 2025

Tradisi Pasung Jadi Nadi Cerita… Filem Menjelang Magrib 2 Tampil Lebih Seram

Kini dah ada sambungan! Ketika ditayangkan pada tahun 2022, filem Menjelang Magrib mencetuskan sambutan yang memberangsangkan di Indonesia dan Malaysia.

Trending Hari Ini Sun, 14 Jun 2020
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Word Searches Shoot Up Every Time BTS Releases Something New

They’ve indirectly become English teachers.

error: Content is protected !!