Trending By: Padin December 13, 2021 @ 9:20am

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah Di Festival Filem Malaysia 31 Menerusi Sangkar, Ejen Ali The Movie & Wira

Primeworks Studios mengungguli kemenangan dalam dua genre aksi dan animasi dengan meraih lapan anugerah menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sangkar terbitan bersama empat syarikat penerbitan iaitu Primeworks Studios, Infinitus Gold, Astro Shaw dan MM2 Entertainment melakar kejayaan dengan membolot 5 trofi di FFM 31 iaitu Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak, Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan dan Tatarias Terbaik – Ella Sandera.

Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios berjaya merangkul 2 trofi iaitu Anugerah Box Office yang merupakan anugerah khas dan Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal dan Shafiq Isa.

Wira terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios turut memenangi Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi.

Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata:

“Malam yang penuh gemilang menyaksikan Primeworks Studios berjaya meraih kejayaan besar dan menerima pengiktirafan di FFM 31 menerusi filem genre aksi dan animasi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja di Primeworks Studios dan juga rakan – rakan kami, Infinitus Gold, Astro Shaw, MM2 Entertainment atas kemenangan besar filem Sangkar, WAU Animation atas kejayaan Ejen Ali The Movie serta Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw atas kemenangan filem Wira.

“Karya mereka yang berpiawaian tinggi pasti akan membawa nama Malaysia ke persada global. Dari segi pemasaran serta perkembangan perniagaan yang disediakan oleh Media Prima, kami akan sentiasa menyokong para penggiat filem yang berbakat agar terus menjadi pemangkin semangat untuk anak muda berkarya serta menghasilkan filem berskala epik yang boleh ditonton oleh semua peringkat umur.”

Sangkar diarahkan oleh Kabir Bhatia, dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet sukan bela diri campuran (MMA) tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing. Filem aksi ini telah mencapai RM 12.9 juta ketika tayangannya.

Filem cereka animasi tempatan pertama, Ejen Ali The Movie yang berlatar belakangkan dunia perisikan futuristik yang mengangkat budaya Malaysia sebagai inspirasi merupakan kesinambungan siri animasi Ejen Ali terbitan Primeworks Studios and WAU Animation. Filem animasi yang diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin ini telah mengumpul lebih RM30 juta di kutipan box office semasa tayangan awalnya pada tahun 2019. Kejayaan itu bukan saja menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada tahun tersebut sekaligus memenangi Anugerah Box Office di FFM 31.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Dec 2018

搭飞机时坐到「三角形标志」下的位置,其他人都会超羡慕你!

如果你常搭飞机,是否曾注意到机舱内部有个「三角形标志」呢?

Featured Wed, 20 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Bosan dengan isteri tak jaga penampilan diri, lelaki berniat nak kawin lagi? Rapid KL kena sembur! Trend niaga Timbang jadi ikutan? Fuhhh, tu dia segmen #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Sat, 10 Sep 2022

“Hidup Yang Banyak Sangat Fitnah” – Aaron Aziz Bimbang Fikir Masa Depan Anak-Anak

Betul tu! bagi ibu bapa ia adalah perkara yang perlu diberi perhatian

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Trending Thu, 22 Jul 2021