Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella December 14, 2021 @ 12:52pm

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya.

Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak.

Walaupun sebelum ini polis pernah menahan ahli keluarga yang mengabaikan keselamatan anak mereka, namun masih terdapat segelintir pihak membuat kesalahan yang sama.

Satu kejadian yang sama turut dirakam oleh pengguna Twitter bernama @BxllaAnxar, berkongsi mengenai video seorang budak lelaki dilihat ditinggalkan bersendirian di dalam cab terbuka sebuah Mitsubishi Triton.

Malah, kanak-kanak itu turut dilihat bermain dan melompat di belakang trak pikap ketika sedang hujan.

Menurut @BxllaAnxar, beberapa kenderaan lain telah membunyikan hon dan membuka tingkap bagi menegur perbuatan ahli keluarga budak lelaki itu.

Bagaimanapun, pemandu trak pikap itu tidak mengambil sebarang tindakan selepas ditegur.

“Saya tidak tahu apa dalam fikiran mak dan bapa budak ni. Sudahlah tengah hujan.

“Biarnya budak seorang diri dekat belakang kereta terlompat-lompat. Kalau jatuh sia-sia.

“Dua tiga buah kereta hon dan buka tingkap untuk jerit tegur tapi ibu bapa tak buat apa pun,” tulis ciapan di laman Twitter.

“Memang ibu bapa bengang macam ni” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan ibu bapa yang membiarkan anaknya sendirian di belakang trak pikap tanpa menghiraukan keselamatannya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Mar 2024

“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Alamak, ni dah kes lain ni bila masing-masing saling berbalas komen di media sosial 😱

Featured Fri, 6 Dec 2019

Mungkin ada bakteria halus yang ‘membiak’ dalam beg kosmetik anda!

Ketahui produk mana yang menjadi ‘sarang’ terbesar!

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

error: Content is protected !!