Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 14, 2021 @ 12:59pm

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam.

Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun daripada tingkap yang tinggi di dalam masjid menggunakan berus dinding.

Namun begitu, teknik tersebut tidak berjaya.

Kemudian kelihatan beberapa orang jemaah masjid mengusung tangga mudah alih bagi memudahkan anggota bomba mengangkat monyet tersebut.

Percubaan untuk membawa monyet itu keluar daripada masjid agak sukar kerana monyet tersebut seperti enggan memberikan kerjasama dengan berpaut di tombol pintu dan kasut anggota bomba.

Walaupun menghadapi sedikit kesukaran, anggota bomba terbabit kelihatan terhibur dengan monyet itu.

Selepas berjaya membawa keluar monyet itu, anggota bomba membawanya ke hutan berdekatan untuk melepaskannya kembali ke habitat.

Video yang dimuat naik oleh seorang anggota bomba menggunakan nama @Amir_officialff di TikTok itu telah mendapat sebanyak 358,200 tontonan setakat ini.

Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata netizen terhibur melihat kejadian itu dan berterima kasih dengan anggota bomba kerana membawa monyet itu keluar dengan selamat.

“Tak sempat nak berdoa…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 21 May 2018
Featured Tue, 1 Jun 2021

Permohonan Program Subsidi Upah Dilanjutkan Sehingga…

Berikutan pelaksanaan total lockdown, Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan . Bagi pelanjutan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion untuk disalurkan kepada […]

Hiburan Sat, 29 Jul 2023
Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐

Featured Fri, 14 Sep 2018
Trending Sat, 18 Jul 2020
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
error: Content is protected !!