Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 15, 2021 @ 4:34pm

“Bukan Semua Lagu Sedih Ada Kaitan Dengan Saya” – 12 Tahun Galas Status Ibu Tunggal, Rossa Serahkan Urusan Jodoh Kepada…

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

Lebih 12 tahun menggalas status ibu tunggal, Rossa mengakui perkahwinan bukanlah keutamaan untuk dirinya.

“Keutamaan saya bukanlah perkahwinan. Urusan jodoh telah ditetapkan oleh Allah, jadi bila tiba waktunya, pastinya saya akan ke arah itu. Masa dan ketikanya, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Tipu kalau saya cakap tak ada yang mahu mendekati saya. Ada yang sedang mengenali tetapi saya tak mahu cakap mengenai perkara ini. Hanya sekadar kenal-kenal sahaja, belum tahu sejauh mana lagi.

“Saya sudah mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan sebelum ini, jadi sekarang ini, keutamaan saya adalah kerjaya dan keluarga. Saya mahu menjalani hari-hari saya dengan sebaiknya,” katanya kepada Xtra.

Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004 dan berpisah pada 2009.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 15 tahun.

Rossa ditemui di sesi sidang media virtual single terbaharunya berjudul Terlalu Berharap baru-baru ini.

Single ciptaan penyanyi dan komposer muda Andmesh Kamaleng ini dicipta istimewa untuk Rossa dan menjadi lagu tema bagi filem Love Knots.

Dalam pada itu, Rossa menafikan lagu ini ada kena mengena dengan kisah hidupnya.

“Saya pernah melalui situasi seperti lagu ini tetapi ia sudah lama berlalu. Kini, saya tidaklah sedih seperti apa yang disampaikan dalam lagu ini. Saya bahagia bersama keluarga dan kerjaya.

“Lagu ini tak ada kena mengena dengan cerita lama saya dan ia berkisar mengenai filem Love Knots. Kadang-kadang, apabila saya sering menyanyikan lagu sedih, orang sering tertanya, adakah keadaan saya okay?

“Padahal ia hanya lagu sahaja. Saya cuma sampaikan sebaik mungkin. Sama seperti pelakon yang membawakan watak, saya hanya menyampaikan ‘feel’ yang terbaik untuk lagu ini.

“Ramai peminat saya gemarkan lagu ‘galau’ yang saya nyanyikan. Bila saya sering nyanyi lagu sedih, ada pula yang minta lagu cinta yang gembira dan begitu juga sebaliknya.

“Insya-Allah, saya bakal muncul dengan album baharu dan mengadakan konsert bersempena 25 tahun pembabitan saya dalam dunia seni. Biarpun kita sedang diuji pandemik, semoga segala yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Hiburan Fri, 20 Mar 2026

Raya Suram Puteri Aishah Tanpa Orang Tersayang – “Ibu Pergi Di Saat Akhir, Syawal Kali Ini Sederhana Saja”

Puteri mengakui tahun ini disambut dalam suasana sederhana tanpa persiapan seperti kebiasaanya

Hiburan Sat, 25 Nov 2017

Uqasha Senrose DiKritik Lagi Kerana Gambar di Instagram

Selepas di buka tudung suatu ketika dahulu, kini di kritik lagi hanya kerana gambar di Instagram

Trending Mon, 25 Jan 2021

Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

Siasatan masih dijalankan…

Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Saiful Apek Maklum Yassin Belum Dapat Kembali Ke Tanah Air, Ada Beberapa Dokumentasi Perlu Diselesaikan

Saiful Apek dedah Yassin perlu selesaikan beberapa proses pemindahan dari Arab Saudi ke Tanah Air

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Peminat Indah Ruhailah, jangan risau Indah masih aktif menyanyi okay!

error: Content is protected !!