Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 18, 2021 @ 5:38pm

Tawar Hadiah Wang Tunai, Skuad Didik Beri Peluang Murid Jadi Wartawan Penyiaran

Saluran hub pendidikan Malaysia, DidikTV KPM, menerusi platform ntv7 kini memberi peluang kepada murid-murid berusia antara 7 hingga 17 tahun untuk menjadi wartawan penyiaran muda!

Aktiviti menarik ini dianjurkan khas untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang bidang kewartawanan menerusi kempen Skuad Didik.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ntv7, Seelan Paul:

“Kempen Skuad Didik ini dihasilkan untuk memberi peluang kepada para murid untuk menjadi wartawan cilik dan memberi pendedahan kepada mereka tentang tugasan wartawan yang sebenar. Bukan sekadar membaca berita sahaja namun mereka juga perlu mencari bahan berita yang sahih untuk disampaikan kepada penonton.

“Pada masa yang sama, mereka juga dapat menimba ilmu daripada pengacara, bahagian teknikal mengenai pengendalian kamera dan wartawan kami. Menariknya kempen ini, kami dapat melihat pelbagai kerenah mereka menerusi video berpasangan (duet) bersama-sama pengacara sebenar. Situasi ini bukan sahaja menghiburkan malahan kita yang dewasa pun dapat memahami kemahuan dan keperluan anak-anak muda kita yang bakal menerajui negara kita nanti”.

Kempen Skuad Didik telah pun bermula dari 26 November dan akan berakhir pada 21 Disember 2021.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur khas buat murid-murid bagi menonjolkan bakat terpendam mereka dan mana tahu ia juga dapat merealisasikan impian mereka suatu hari nanti!

Tambah Seelan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada murid-murid dan setakat ini lebih daripada 100 penyertaan telah diterima.

“Menariknya, video cabaran berpasangan ini bukan sahaja diterima daripada murid-murid, malah ia turut menarik minat penglibatan daripada pengguna media sosial yang lain seperti guru-guru, pempengaruh (influencer), dan personaliti televisyen.

“Ini satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh setiap murid kerana dapat membuka mata mereka untuk mengenali dunia kerjaya dengan lebih mendalam”.

Menerusi kempen Skuad Didik ini, murid-murid dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang tugasan seorang wartawan penyiaran. Malah, ia dapat membentuk sahsiah diri, keyakinan diri dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Hanya 10 finalis terbaik bakal dipilih dan berpeluang menyertai Bengkel Latihan di DidikTV KPM dan belajar bersama pengacara dan pembaca berita berpengalaman di Rangkaian Televisyen Media Prima. Murid yang berjaya mengharungi tugasan yang diberi sehingga ke peringkat akhir akan bergelar juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00. Tempat kedua bakal menerima wang tunai RM1,000.00 dan tempat ketiga RM500.00. Tujuh hadiah saguhati bernilai RM200.00 bersama produk DidikTV KPM.

Anda juga berminat untuk menyertai SKUAD DIDIK? Senang sahaja syarat-syaratnya iaitu:
1. Berusia 7 hingga 17 tahun.
2. Berani di depan kamera.
3. Duet video SKUAD DIDIK di TikTok rasmi @didiktvofficial atau Instagram @nt7Malaysia.
4. Durasi video 30 saat untuk 1 skrip seperti format laporan berita.
5. Siarkan video terbaik anda dan letakkan #SKUADDIDIK.
6. Pastikan akaun media sosial anda dalam mod awam.
7. Hantar pautan dan butiran anda di kod QR atau www.xtra.com.my/skuaddidik .

Tunggu apa lagi? Rebut peluang menimba ilmu dan wang tunai untuk simpanan pendidikan anda! Untuk keterangan lanjut layari www.xtra.com.my/skuaddidik dan gunakan #SKUADDIDIK untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

Ikuti DidikTV KPM, setiap hari dari jam 7.00 pagi di ntv7, saluran 107 di MyTV, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di unifi tv, serta YouTube ntv7 Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Feb 2018

从萤幕走出来的「真人版」卡通!

在现实生活中,常有素人跟艺人明星、运动员等公众人物「撞脸」的趣闻,鲜少有人长得像虚拟世界中的卡通人物。如果当你走在路上看到「真人版卡通人物」,你能掩饰心中的激动与雀跃吗?会主动上前要求合照吗?

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Featured Wed, 5 Apr 2023
#tilljannah Mon, 25 Oct 2021

“One Step Closer” – Latif Romly Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Jaguh lompat jauh negara, Latif Romly atau nama sebenarnya Abdul Latif bin Romly telah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar, Perlis pada Sabtu. Pemenang pingat emas negara […]

Trending Sun, 1 Aug 2021

Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

Penyanyi Syura tampil memberi penjelasan tentang kekeliruan warganet mengenai pembayaran RM200,000 yang dituntut oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana Kata Syura, wang RM200,000 setiap seorang yang diminta oleh Nana kepadanya dan empat […]

Trending Tue, 3 Aug 2021

Bermula Ogos, Berita TV9 Kini Bersiaran Pada Jam 7 Malam

Bersiaran pada jam 7 malam, bermula Ogos!

Featured Mon, 28 Jan 2019

Pelakon Sherry Ibrahim berang dituduh buat pembedahan kosmetik

Minta netizen hentikan fitnah terhadapnya!

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
error: Content is protected !!