Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 5, 2022 @ 1:15pm

“Apa Wagyu Buat Masak Merah?” – Lelaki Terpegun Lihat Daging Mahal Ikut Selera Melayu, Netizen Komen Jarang Dibuat Orang

Seorang lelaki terkejut apabila pasangannya menggunakan daging wagyu untuk menyediakan hidangan masak merah.

Bagi yang tidak tahu, daging wagyu merupakan daging lembu yang berkualiti di mana harganya jauh lebih mahal berbanding harga daging lembu biasa.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nuratulekhqal di TikTok, dia menunjukkan hidangan masak merah yang mengandungi daging wagyu tersebut.

Hidangan itu telah dimasak oleh isterinya di sebuah kedai makan milik mereka setelah isterinya meminta izin untuk masak lauk yang ada di kedai itu.

Lelaki itu terhibur dan seperti tidak percaya apabila mengetahui isterinya menggunakan daging wagyu di kedai mereka sebagai hidangan masak merah.

“Orang kaya kita hari ini,” kata seorang pekerja di kedai itu.

“Masuk je dapur tanya masak apa? Dia cakap daging masak merah. Tanya la daging mana? Selamba je jawab wagyu,” jelas lelaki itu di ruangan komen.

“Bukan kaleng-kaleng dia buat”

Rata-rata netizen yang melihat video itu terhibur kerana jarang sekali daging mahal sebegitu dijadikan masakan Melayu.

“Wagyu masak masakan Melayu sedap”

Namun begitu, ada juga yang tidak pelik dengan daging wagyu dijadikan masakan sebegitu malah ada yang berkongsi pengalaman mereka makan hidangan yang biasa dimasak cara barat, dimasak cara Melayu.

“Daging wagyu masak masakan Melayu sedap bang. Arwah mak pernah buat masa rendang, sedap betul,” komen @abahanda_hazzati.

“Ok lah tu. Saya pernah kena paksa makan kari salmon. Nasib sedap,” komen @cendawan_goreng.

“Chef tempat saya dulu pernah buat daging rib eye masak kunyit,” komen @afiqsixx66

“Saya salmon buat ikan goreng kicap relax je,” komen @secret_justsecret.

“Kawan saya pernah beli lobster harga beratus. Isteri dia masak ungkep je,” komen @personanongrata77.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 6 Aug 2018

Ke Tepi Keke Challenge, Beri Laluan Kepada ‘Momo Challenge’

Cabaran yang mula viral di seluruh dunia ini mendapat perhatian pihak berkuasa seluruh dunia di mana cabaran ini menggalakkan kanak-kanak membunuh diri. Huh, biar betul?

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Eat Travel Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!