Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella January 5, 2022 @ 1:52pm

‘Scammer’ Kini Berani Buat Panggilan Video Palsu Guna Wajah Pegawai Polis

Polis mengesan satu sindiket penipuan dalam talian ‘Macau Scam’ yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis.

Menurut laporan daripada Bernama, anggota sindiket akan memaklumkan mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan rasuah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata anggota sindiket berkenaan akan memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada seorang pegawai polis yang menyatakan mangsa terlibat dalam kes terbabit.

Beliau berkata pegawai polis berkenaan membuat panggilan video dengan berpakaian uniform menggunakan aplikasi menampakkan pergerakan mulut seperti orang sebenar sekali gus mengelirukan mangsa.

“Sindiket ini mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi tersebut yang menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan ia telah diubah suai dengan menampakkan pergerakan mulut dan gambar wajah yang disunting.

“Kaedah ini boleh memperdayakan orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian,” katanya.

Beh berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan sindiket itu daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun yang menyatakan dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah melalui semakan maklumat peribadi pengadu pada Isnin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu,” katanya.

Beh tidak lupa untuk menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang diterima.

Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil pegawai polis dan pihak penguat kuasa bagi mengaburi orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan menerusi laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan sindiket itu.

Sumber: Bernama

Kredit Foto: MSNews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020
Hiburan Fri, 12 Sep 2025
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Sebagai Umat Islam, Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Orang” – Fazura Doa Yang Terbaik Buat Uqasha Senrose & Kamal Adli

Kata Fazura, dia menyeru agar masyarakat berhenti membuat spekulasi dan menilai mana-mana pihak.

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Alahaiii, kesian Elisya! Tak apa its not too late untuk belajar lebih dalam lagi kan 🥰 Ibu mentua pun hebat dalam memasak 🥰

Trending Wed, 7 Apr 2021
error: Content is protected !!