Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2025 @ 6:01pm

“Kalau Saya Dapat Balik, Datang Airport & Belanja Saya Makan Tomyam…” – Ardell Aryana Mohon Doa Dijauhi Mata ‘Jahat”

Pelakon, Ardell Aryana yang kini sedang dalam perjalanan ke Gaza menitipkan pesanan penuh emosi kepada penonton siaran langsungya di TikTok sebelum rangkaian internet terputus.

Dalam siaran langsung tesebut, Ardell atau nama penuhnya, atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 34, sempat berseloroh mahu dijemput peminat di lapangan terbang dengan hidangan tomyam dan nasi goreng kampung sekiranya selamat pulang.

“Nanti kalau saya dapat balik, anda semua boleh datang ke lapangan terbang jemput saya dan belanja saya makan tomyam, nasi goreng kampung ke. Hihi,” katanya.

Namun di sebalik gurauan itu, Ardell turut meluahkan rasa sebak apabila berkemungkinan tidak dapat berhubung dengan para pengikut buat sementara waktu.

“Nanti awak-awak semua akan rindu ke siaran langsung saya kalau saya tak ada? Mungkin kita akan ‘lost contact’ untuk beberapa minggu,” katanya.

Lebih menyentuh hati, isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu turut meminta orang ramai agar mendoakan dirinya serta seluruh pasukan misi agar dilindungi daripada perkara negatif sepanjang berada di lapangan.

“Saya nak minta anda untuk doakan semua mata-mata yang tengok saya dijauhkan dari rasa hasad dengki, benci, iri hati, dijauhkan dari rasa ingin mengkhianati, daripada segala yang tidak baik,” katanya.

Ardell juga menegaskan niatnya menyertai misi tersebut bukanlah untuk meraih perhatian, sebaliknya semata-mata kerana tanggungjawab kemanusiaan.

“Saya tiada niat untuk dapatkan perhatian, tujuan utama saya hanya untuk misi kemanusiaan ini. Saya minta maaf juga, mungkin saya tak berkesempatan untuk mengucapkan rasa sayang walaupun kita tak pernah berkenalan,” katanya.

Di penghujung siaran, Ardell sempat mengucapkan penghargaan atas sokongan berterusan peminat terhadap perniagaannya, selain mendoakan agar mereka dapat bertemu kembali, sama ada di dunia mahupun di syurga firdausi kelak.

“Terima kasih sebab memberi sokongan untuk semua perniagaan saya. Semoga kita dapat bertemu lagi sama ada di dunia atau syurga firdausi,” katanya.

@updatesumud

Part 3: update sumud 11.11 #sumud #sumudflotillatoday #ardellaryana #sumudardellaryana #ardellaryanalive

♬ original sound – UpdateSumud – UpdateSumud

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

3.6 Juta Penonton Da’i Musim Keenam

Alhamdulillah…Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 terus kukuh sebagai program realiti No.1 Malaysia, apabila berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta penonton selama 11 minggu bersiaran.

Featured Tue, 17 Jun 2025

Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Amira bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan baik & stabil.

error: Content is protected !!