Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2025 @ 5:13pm

Luah Rasa Kagum Pada Mawi, Netizen Dakwa Ciapan Dr. Fie Ada Maksud Tersirat? – “Terus Kuat, Insya-Allah Semua Okay”

Perkongsian terkini isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie yang secara terbuka memuji penyanyi, Mawi.

Menerusi ciapan di platform Threads, Dr. Fie mendedahkan dia amat meminati serta mengagumi Mawi ketika di awal kemunculannya dalam industri menerusi program realiti nyanyian.

“Semasa muda, saya amat mengagumi Mawi terutamanya sejak masuk program nyanyian dengan ‘tagline’ dia ‘Mawi WORLD’. Biasa saja tetapi menakjubkan.

“Ketika itu lagi dia dah pakai ‘mendonia’,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan pandangan Dr. Fie itu turut menyifatkan Mawi seorang selebriti yang telah mencipta fenomena.

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang berpendapat ciapan Dr. Fie itu seolah-olah memberi bayangan ciapannya itu terdapat makna tersirat lain.

Pada Ahad lalu, Mawi menjadi penyanyi jemputan dan rakan duet kepada suaminya, Nubhan yang kini bertanding dalam sebuah pertandingan nyanyian.

Sebelum ini, pergolakan rumah tangga Dr. Fie dan Nubhan mula menjadi perbualan hangat selepas selebriti itu memfailkan pengesahan perceraian serta telah memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.

Artikel Berkaitan: “Memang Aku Layak Dapat 5 Juta Tu Dari Family Kau… Buang Masa 10 Tahun Kat Orang Macam Tu” – Isu Dengan Nubhan Makin Hangat, Mesej Dr Fie Tersebar?

Artikel Berkaitan: “Saya Besarkan Mereka Dengan Doa Dan Impian” – Nubhan Fail Hadanah, Ciapan Dr. Fie Raih Tumpuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Aug 2021

Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda. Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik. “Kalau dulu Daiyan boleh […]

Events Sat, 31 May 2025

Hebat! Persembahan Nadeera Memukau, Selayaknya Tampil Dengan Konsert Berskala Besar

Hebat! Beraksi tanpa henti dengan lagu-lagu bernada tinggi tanpa membingitkan telinga.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Trending Fri, 17 Jul 2020

Kes Covid-19 meningkat mendadak Selepas Perintah Darurat Ditarik Balik

Ambil iktibar dari perkara ini, Teruskan patuhi SOP!

Hiburan Mon, 23 May 2022
Hiburan Sun, 12 Oct 2025

Buat 2 Sesi Pagi & Petang… Lebih 2,000 Tetamu Meriahkan Resepsi Fattah Amin & Amira Othman Di Johor

Lebih 2,000 tetamu diraikan dalam majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor.

error: Content is protected !!