Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 6, 2022 @ 1:15pm

#SeoulSaranghae : Pelakon K-Drama ‘Snowdrop’ Kim Mi Soo Dilaporkan Mati Mengejut

Selepas pemergian beberapa bintang popular Korea Selatan yang ternyata mengejutkan ramai peminat seantero dunia, kini industri hiburan negara itu sekali lagi dikejutkan dengan pemergian bintang drama popular Snowdrop, Kim Mi Soo yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Berita kematian pelakon itu dimaklumkan pada Rabu oleh agensinya, Landscape Entertainment.

Menurut agensi berkenaan, punca kematian Kim Mi Soo masih tidak dapat dipastikan.

“Kami mempunyai khabar duka yang ingin dikongsi, Kim Mi Soo telah meninggal dunia pada 5 Januari 2022. Dan keluarga serta sahabat terdekat sangat berdukacita mengenai berita ini.

“Justeru itu, kami memohon agar tidak ada spekulasi mengenai kematian pelakon ini bagi menjaga dan menghormati perasaan pihak keluarga yang masih terkejut dengan pemergiannya,” katanya.

Selain itu, upacara penghormatan terakhir aktres berkenaan akan diadakan di Taeneung Sungsim.

Terdahulu, Kim Mi Soo memegang watak sebagai Yeo Jung Min yang juga merupakan rakan kepada Young Ro yang turut dilakonkan oleh Jisoo Blackpink.

Untuk rekod, Kim Mi Soo turut membintangi drama popular seperti Hi Bye Bye Mama, The School Nurse Files dan Yumi’s Cells.

 

 

Sumber : Soompi, Allkpop

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Nov 2024

Netizen ‘Bitter’ Intan Najuwa Berhabis Hias Bilik Anak, Empunya Badan Tampil Bersuara – “Takkan Nak Tumpang Bilik J*bon”

Pelakon Datin Intan Najuwa menyelar tindakan segelintir netizen yang kelihatan kurang senang dengan usahanya menghias bilik anak sulungnya.

Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Nabil Mahir Mengakui Dilamun Cinta

Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita!

Featured Wed, 28 Nov 2018

Jom Lihat Aktres Cantik Manis Ini Melukis Beg Tangan. 7 Jam Untuk Siapkan 1 Beg!

Cantik dan berbakat besar. 1 pakej lengkap buat Heart!

Trending Tue, 6 Mar 2018

Rent a Korean Oppa as Your Tour Guide For an Unforgettable Trip!

Planning for a trip to Korea but in need of a tour guide to bring you around? Rent a Korean Oppa and tour all the beautiful places in Korea with him.

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

10/10 AKSI CIUM BELLA DAN ENGKU EMRAN?

Namun, ugutan dari Bella itu disifatkan sebagai ugutan romatik dan rata-rata peminat menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang bahagia

Featured Thu, 15 Jun 2023
Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2024

Fattah Amin Tukar Profesion Jadi Ustaz?

Wah, Fattah jadi ustaz!

error: Content is protected !!