Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 7, 2024 @ 10:34am

Fattah Amin Tukar Profesion Jadi Ustaz?

Kekacakkan Fattah Amin sebagai Ustaz Jazlan yang baru balik dari Mesir, telah menjadi viral. Heboh! Ramai berpusu-pusu hadir pada majlis ceramah Fattah Amin, terutamanya yang perempuan, bukan sahaja yang muda, malah kalangan ibu-ibu juga berangan-angan untuk bermenantukan Fattah Amin (Ustaz Jazlan).

Sesuai ke Lelaki Melayu Terakhir, Fattah Amin ini jadi Ustaz?

Habsah (Fazlina Ahmad Daud), Ahli Jawatan Kuasa Masjid, bersama anak-anaknya, Fatimah (Hazwani Helmi), dan Aishah (Heliza Helmi) juga berkenankan Ustaz Jazlan. Sifat Jazlan yang menjaga adap, menjaga pandangan dan tidak memandang perempuan membuatkan Aishah jatuh hati.

“Soleh betul! Tak main sosial media, aku nak ‘try’lah”, kata Aishah.

Pada masa yang sama, Fatimah juga suka pada Jazlan tetapi terpaksa memendam perasaannya kerana melihat kakaknya Aishah terlalu berminat akan Jazlan. Sikap Jazlan yang tegas, tidak berkenan dengan majlis yang bercampur lelaki dan perempuan, telah menolak jemputan Aishah ke program muslimat milenium yang dianjurkannya.

“Biar saya solat istikarah dulu, tengok macam mana ye”, kata Jazlan

Aura dan kewibawaan Jazlan turut menarik hati Khatijah (Liza Abdullah), kawan baik Alawiyah (Datin Paduka Umie Aida) ibu Jazlan. Alawiyah cuba menjodohkan Jazlan dengan Kasih anak Khatijah tetapi Jazlan langsung tak menunjukkan minat. Bermacam-macam rancangan yang mereka rangkakan sehingga timbul pelbagai peristiwa lucu.

Sejak kembali dari Mesir, Jazlan kembali rapat dengan adiknya Jazlee (Nabil Aqil). Jazlan menjadi tempat rujukan ketika Jazlee putus asa dan kecewa kerana teman wanitanya memutuskan hubungan dengan menuduhnya lembik dan ada hubungan songsang.

“Dah dia kata awak lembik, haa buktikanlah yang awak tak lembik”, kata Jazlan membakar semangat Jazlee untuk berubah.

Jazlan mengajak Jazlee bersenam dan berjogging setiap hari. Namun keinginan Jazlee untuk ‘feeling macho’ dengan memasuki pertandingan bina badan di tolak oleh Jazlan.

“Lee kena push-up sikit je lagi, confirm derang menangis! Ni, sikit je lagi” Jazlee.

“Tak payah nak feeling macho sangat. Baik beribadah pada Allah” Jazlan.

Siapakah yang berjaya mencairkan hati Ustaz Jazlan? Adakah Kasih yang telah mempunyai buah hati berminat dengan Jazlan? Atau adakah Aishah dan Fatimah yang berjaya mencuri hati Jazlan?

Saksikan drama terbaharu Fattah Amin, Lelaki Melayu Terakhir di TV3 menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama bersiri 26 episod terbitan Rumah Karya Cinta yang diarahkan oleh Amor Rizan ini menampilkan barisan pelakon ternama dan berbakat seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Paduka Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Fazlina Ahmad Daud, Nabil Aqil, Zarul Imran dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Hiburan Fri, 9 Jan 2026

Abby Abadi Luah Penghargaan Buat Norman Hakim Sempena Ulang Tahun – “Tiga Anak-Anak Besar Jangan Dilupa”

Abby Abadi berharap agar hubungan kekeluargaan mereka terus terpelihara

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO) Mesra Bersama Di Konsert, Peminat Setuju Jika Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Bercinta!

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan keakraban mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Aedy di platform TikTok yang memaparkan dia dan Daiyan berada […]

Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

‘Serasi Biar Nampak Ori’- Ini Kriteria Dicari Scha Alyahya Dalam ‘Lagu Cinta Kita’

Pasangan dengan markah terendah akan tersingkir, pemenang yang berjaya akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000.

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Trending Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Aishah Azman Idamkan Lelaki Ada Pendidikan, Pandai Selesaikan Masalah

Aishah Azman mahukan lelaki yang berpendidikan supaya boleh selesaikan sesuatu masalah.

error: Content is protected !!