Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 9, 2022 @ 4:44pm

Aishah Azman Idamkan Lelaki Ada Pendidikan, Pandai Selesaikan Masalah

Pelakon Aishah Azman, 26, mendedahkan ciri jejaka yang dicarinya ialah lelaki yang ada pendidikan.

Pengalaman cinta yang lalu membuatkan Aishah atau nama sebenar Nor Aishah Afika Azman Shah lebih berhati-hati untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Saya tak fobia, masih membuka pintu hati tapi belum berjumpa calon yang sesuai kerana saya lebih berhati-hati. Saya pun sudah ada pengalaman hal begini, jadi lebih mudah untuk saya tahu seseorang itu.

“Paling penting dia perlu menghormati orang tua, hormati keluarga saya dan diri saya sendiri. Selain itu, antara ciri-ciri yang saya suka adalah berpendidikan.

“Ini kerana bila seseorang itu ada pendidikan, dia lebih pandai untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Menurutnya, tidak menafikan ada beberapa lelaki yang mendekatinya tapi dia memilih untuk tidak melayan mereka buat masa ini.

Tambah Aishah, sebolehnya dia tidak mahu menjalin cinta dengan individu yang bekerja dalam bidang hiburan juga.

“Ada saja lelaki yang cuba dekati saya sekarang tapi saya memilih untuk tidak melayan. Sebolehnya saya tak mahu orang yang berkecimpung dalam industri hiburan, saya mahu orang luar.

“Yang mendekati saya seperti yang saya cakapkan tadi itupun bukanlah golongan selebriti, mereka orang biasa. Mungkin juga menepati kriteria yang saya cakapkan tadi?” katanya.

Aishah yang sebelum ini pernah bertunang namun putus ini mengatakan dia sudah melupakan episod itu dan sedang fokus dalam mengembangkan karier seninya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Mon, 26 May 2025

[VIDEO] “Bukan Sebab Suami Reda, Tapi Hukum Tetap Haram’ – Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleya

PU Syed turut mengingatkan agar larangan agama diletakkan sebagai keutamaan

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Trending Wed, 20 Mar 2019

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Trending Fri, 5 Oct 2018

女教师自费改造「Hello kitty教室」学生都很快乐!

一定有不少女孩都是Hello kitty控吧?

error: Content is protected !!