Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 17, 2021 @ 12:56pm

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Rakyat diminta agar tidak panik susulan kenyataan yang tular di laman sosial sejak semalam berkaitan dua badan perisikan Israel dilaporkan mendapat ‘lampu hijau’ untuk menghapuskan pemimpin pejuang Hamas yang berada di dalam dan luar Gaza, termasuklah  di Malaysia.

Justeru itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang memaklumkan sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipantau setiap masa bagi memastikan sebarang ancaman dapat ditangani sewajarnya.

Malah, ATM sentiasa memastikan aspek keselamatan dan pertahanan siber daripada sebarang ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan.

”Arahan yang dikeluarkan mengenai serangan siber adalah normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan dan langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber.
“Ia sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan pentadbir sistem siber (ICT) ATM serta Kementerian Pertahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) sentiasa mempertingkatkan aspek keselamatan siber ATM dalam memperkukuhkan rangkaian komunikasi ATM termasuk melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

Selain itu, ATM juga mendapati terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia.

Terdahulu, Malaysia tersenarai antara negara yang akan menerima serangan ejen perisikan Israel selain Iran dan Turki.

 

Sumber : Awani, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Sat, 5 Apr 2025

Penyanyi Rap Popular 90-an Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap 90-an, Nico meninggal dunia dalam tidur.

Trending Thu, 2 Jun 2022

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Noh Salleh turut berduka cita dengan kematian dua remaja yang dijumpai di dalam sebuah MPV.

Featured Mon, 20 Apr 2026

“Penuhi Jiwa Dengan Kasih Sayang, Sebab Kita Belum Tahu Takdir Esok” – Fazura

Nur Fazura berkongsi kata-kata positif apabila mengajak orang ramai untuk mengisi jiwa dengan kasih sayang dalam apa juga situasi.

Kes Mahkamah Fri, 14 Jul 2023
error: Content is protected !!