Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir June 2, 2022 @ 7:31pm

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh, 37, sangat terkesan dengan pemergian remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditemui telah meninggal dunia bersama seorang lagi rakannya dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard di parkir sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Ahad lalu.

Menurut Noh, Allahyarham merupakan pemain bass kumpulan muzik dan juga merupakan peminat tegar kumpulan Hujan yang mula dikenali ketika remaja itu baru berusia 15 tahun.

“Bagi saya, betullah pemergiannya satu kehilangan besar untuk industri muzik kerana dia satu-satunya pelapis berbakat luar biasa. Saya tak jumpa lagi mana-mana pemain bass muda yang memiliki kemahiran sepertinya.

“Arwah juga menjadi penggerak penting dalam kumpulannya itu. Kesungguhannya sebagai pemuzik sangat mengagumkan saya serta keseluruhan komuniti muzik yang mengenalinya.

“Sewaktu pengebumiannya, ramai sangat datang memberi penghormatan terakhir buatnya. Itu membuktikan betapa besarnya impak ditinggalkan kerana keperibadiannya pun memang sangat menyenangkan,” katanya.

Noh turut bersimpati dengan keluarga Allahyarham yang dianggap sebagai keluarga sendiri.

“Saya sempat ke bilik mayat di hospital untuk sama-sama memberi sokongan dan tenangkan ibu bapanya. Semestinya sayu hati melihat mereka meratapi pemergian anaknya pada usia muda begitu,” katanya yang kali terakhir berjumpa Allahyarham kira-kira sebulan lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, Noh memuat naik foto Allahyarham dengan kapsyen “Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un 2003 – 2022”.

Terdahulu, mayat dua sahabat yang dilaporkan hilang pada 23 dan 24 Mei lalu didapati tiada unsur jenayah dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) untuk bedah siasat.

Kes tersebut diklasikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Belum Sedia Jadi Suami Sebab…

Pelakon Syazwan Zulkifly memiliki sebab tersendiri melambatkan rancangan menamatkan zaman bujang.

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

“Saham ASB Tak Banyak, Tapi Saham Akhirat Dari Threads Alhamdulillah Makin Bertambah” – Betty Rahmad

Betty dengan sinis mengatakan dia bersyukur apabila mendapat saham akhirat yang banyak daripada netizen. 

Trending Sun, 1 Nov 2020
Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

error: Content is protected !!