Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 6, 2022 @ 12:33pm

“Tersembur Air Kopi Saya Tengok Awak…” – Nyanyian Michael Ang Timbul Berbagai Reaksi Netizen

Pengarah terkenal Michael Ang kini mencuba bakatnya di dalam bidang nyanyian apabila lagunya bertajuk Cinta Atau Propa telah dikeluarkan di saluran YouTube Indigital Music pada Rabu.

Menerusi video muzik lagu itu, Michael berjaket merah sambil menari dan menyanyikan lagunya.

Dia yang terkenal dengan caranya yang suka mengupas tentang isu semasa turut membuat hantaran di Instagram memaklumkan tentang lagu barunya.

“Kalau tak puas hati ke, nak kutuk ke, tinggalkan komen dekat situ okay!” tulis Michael.

 

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Rata-rata penonton yang melihat video nyanyian Michael mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

“Tersembur air kopi saya tengok awak Mike,” komen rebut_secawan_kopi.

“Wow. I suka genre ni. Sesuai untuk Mike. Video clip ni class gitu,” komen Leenda AM

“Suka suara Mike. Suara serak-serak basah. Yang penting bila dia menyanyi tak sakitkan gegendang telinga saya. Tahniah Mike,” komen Norashikin Abd Razak.

“Kenapa vibes dia macam lagu kacang sana sini kacang,” komen Nyelll_

Ada juga yang membandingkan nyanyian Michael dengan nyanyian usahawan terkenal seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Ahamad Iqbal Zulkefli.

Lagu Cinta Atau Propa merupakan lagu ciptaan Killa Driz dan setakat ini, video muzik nyanyian pertama Michael di YouTube telah mendapat sebanyak 6,600 tontonan dan 415 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Fri, 5 Jun 2026

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

error: Content is protected !!