Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 14, 2022 @ 4:14pm

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai.

Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan.

Penerbit dan pengarah muda, Kyle A Halim mengakui cukup senang dengan sikap yang ditonjolkan oleh Alicia.

“Saya merupakan penerbit Kotaki Studios dan bakal muncul dengan filem bertemakan thriller dan seram arahan saya sendiri bertajuk The Disappearance of Irdina Adhwa (TDIA). Pada mulanya, saya mahu bekerja dengan pelakon lain.

“Namun, atas sebab yang tak dapat saya elakkan, saya terpaksa mencari pelakon lain dan pengurus produksi memberi cadangan untuk saya memberikan watak itu kepada Alicia. Saya terus bersetuju dan teruja mahu bekerjasama dengan Alicia.

“Bertemu dengan Alicia, persepsi yang ada itu hilang. Dia sangat komited dan sangat mesra. Dia juga baik hati. Apabila dia mengetahui saya berasal dari Sabah dan tinggal bersendirian ketika penggambaran berlangsung di Semenanjung, dia sering bertanyakan khabar saya,” katanya.

Tambah Kyle, dia juga kagum dengan kebolehan Alicia bertutur dalam dialek Sabah.

“Sejujurnya, saya terkejut kerana Alicia tidak berasal dari Sabah tetapi dia mampu bertutur dalam dialek Sabah dengan begitu baik. Karya ini menampilkan 20 peratus dialog dalam dialek Sabah dan selebihnya dalam bahasa Melayu.

“Biarpun sebelum ini ada kontroversi pernah dikaitkan dengan Alicia, ia tidak menjadi ukuran. Saya hanya mahukan pelakon yang boleh membawakan watak dengan baik. Ternyata dia merupakan seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai keperibadian yang baik,” katanya.

Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi serta Abbas Mahmoud dan bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.

Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

Trending Tue, 2 Mar 2021

Hampir 10 Tahun Berlakon, Saharul Ridzwan Keluarkan Duit RM250,000 Untuk…

Pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia tidak boleh meletakkan sandaran hanya kepada bidang lakonan semata-mata. Dengan kehadiran bakat baru yang semakin membanjiri dunia hiburan, Saharul kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. “Sudah hampir 10 tahun saya berlakon. […]

Trending Tue, 17 Dec 2019
Replicated Draft Wed, 23 Aug 2023

Wabak Influenza Makin Meningkat, Vaksinasi Ini Mampu Kurangkan Kadar Pesakit Di Hospital!

Macam yang korang semua tahu, kes wabak virus influenza semakin berleluasa dan meningkat di Malaysia. Bukan dalam kalangan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa dan warga emas yang berisiko tinggi juga turut dijangkiti. Gejalanya sama seperti […]

Featured Fri, 24 Feb 2023
error: Content is protected !!