Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2022 @ 5:46pm

“Ia Adalah Sukar Dan Mengecewakan” – Lee Zii Jia Digantung Perlawanan Selama Dua Tahun Oleh BAM

Selepas pemain perseorangan negara dalam sukan badminton dan juara All England 2020, Lee Zii Jia mengesahkan telah menarik diri dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kini Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos memaklumkan telah menggantung pemain itu selama dua tahun dari mana-mana pertandingan.

Ia termasuklah tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Malaysia’s Lee Zii Jia plays a shot to Japan’s Kento Momota during the men’s singles quarter-final match on day three of the All England Open Badminton Championship, at the Utilita Arena in Birmingham, central England, on March 19, 2021. (Photo by Adrian DENNIS / AFP)

Tegasnya, sebelum ini Zii Jia pernah menyenaraikan beberapa permintaan namun, pihak BAM tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan menegaskan adalah mustahil untuk memenuhi kehendaknya seperti pasukan kejurulatihan sendiri selain menentukan kejohanan apa yang mahu disertainya.

“BAM masih tawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan, termasuk faedah kewangan. Begitupu, Lee Zii Jia sudah membuat keputusan dan beliau tidak mahu mempertimbangkan keputusan itu.
“Kini, kita tahu Zii Jia, pemain kebangsaan yang pernah memenangi Kejohanan All England…adalah sukar, mengecewakan apabila BAM kehilangan beliau.
“Tapi beliau sudah buat keputusan dan kita perlu respons terhadap permintaan beliau,” katanya.
Terdahulu, Zii Jia menolak dakwaan kononnya isu penarikan dirinya dari BAM tidak ada kena mengena dengan wang ringgit memandangkan gaji bulanan beliau diraih sekitar RM8,000 sebulan.
Sumber : Awani, Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Tempat Simpanan Kereta Pecah, Barang Achey ‘Lesap’

Allahu kosong semua.. Kerja siapa lah ni? Moga dipermudahkan semua

Trending Tue, 15 Jan 2019
Featured Wed, 20 Oct 2021

“Ramai Panggil Saya C*laka, Bab*…” – Didakwa Buka Aib Raja Farah, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf atas kesalahannya terlepas kata mengenai isu melibatkan pengalaman berlakon bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Menurut Fauzi, laman sosialnya menjadi sasaran netizen yang mendakwanya membuka aib Raja Farah. […]

Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Featured Fri, 1 Nov 2019

Solekan sempurna dengan 4 produk Pley! Cosmetics

Penjenamaan semula raih perspektif baharu

Trending Tue, 10 Jul 2018

Lebanese Jeweller is Suing Rosmah for RM59.8 Million!

Where is she going to get the money to pay back the jeweller?

Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

error: Content is protected !!