Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 25, 2022 @ 1:37pm

Bantuan Khas RM700 Buat Penjawat Awam & Pesara Sebanyak RM350 Akan Diterima Pada…

Bantuan Khas Kewangan bagi tahun 2022 bagi kakitangan kerajaan dan pesara akan mula disalurkan bermula hari ini.

Menerusi perkongsian dilaman Twitter Jabatan Perkhidmatan Awam, bantuan ini adalah bantuan yang diluluskan pada Belanjawan 2021.

Bagaimanapun, bantuan itu ditangguhkan kepada pegawai kerajaan yang tidak menerima dos imunisasi COVID-19 lengkap selain atas sebab kesihatan.

Dalam kenyataan yang sama, pesara kerajaan yang menerima pencen, veteran tidak berpencen juga akan menerima bantuan khas kewangan tersebut.

Selain itu, pembayaran berkenaan juga akan dipanjangkan kepada pegawai lantikan Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang masih berkhidmat pada 25 Januari ini dengan syarat tempoh kontraknya berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Selain itu, mereka yang TIDAK LAYAK adalah Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk mereka yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.

 

 

Sumber : Twitter, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Featured Tue, 19 Aug 2025

Azhar Sulaiman Persoal Keberadaan Derma Ratusan Ribu Ringgit Buat Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,”

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

error: Content is protected !!