Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2022 @ 6:55pm

“Saya Beranikan Diri DM IG Selepas Melihat Dia Di Melodi TV3” – Dilamar Di Madinah, Zulin Aziz Bakal Nikah 20 Februari 2022

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz, 33, bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini, 35, pada 20 Februari ini.

Zulin dan Farhan selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang Zulin di Segambut Dalam.

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” kata Zulin.

Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.

“Ketika itu, saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.

Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di Instagram. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.

Kredit foto: Kahnz Photograffiti / Jimmy Kamarudin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

“Dalam Menang, Dia Sebenarnya Menjerut Leher Sendiri” – Luahan Anak Sulung Arwah Faziani Rohban Raih Tumpuan

Iqbar menegaskan keluarganya tidak pernah melupakan jasa baik, kasih dan sayang yang pernah ditunjukkan oleh bekas bapa tirinya itu.

Featured Mon, 7 Apr 2025

Badan Kelihatan Makin Berisi, Netizen Spekulasi Marissa Dania Kini Hamil?

Tahniah! Ramai yang cakap dah nampak babybump.

Featured Wed, 26 Nov 2025

“Takut Dah Terlalu Sedap Kritik Orang, Lupa Nak Tengok Diri Sendiri”- Erma Fatima

Erma Fatima tampil meluahkan keinginannya untuk kembali aktif menghasilkan karya, selain mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada kecenderungan mengkritik hasil kerja orang lain.

Trending Sun, 17 Jan 2021
error: Content is protected !!