Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin February 6, 2022 @ 4:30pm

Dilabel Artis Paling ‘Laku’, Shiha Zikir Tak Mahu Fokus Populariti -” Saya Buat Sebab Saya Suka…”

Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Shiha Zikir berharap tahun 2022 membawakan rezeki buat dirinya dalam industri seni tanah air.

Malah, penyanyi kecil molek bersuara lunak ini menganggap apa yang dilakukannya kini termasuklah aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan menjadi penyampai radio jemputan bukanlah disebabkan mahu mengejar populariti semata-mata.

Bagi pelantun lagu AEWO ini, apa yang dilakukan adalah kerana minat selain ia adalah sumber rezeki buat dirinya.

“Saya aminkan sahaja. Mungkin ramai orang selalu cakap dia tak dapat yang ni so dia try buat yang ni pula then, try lagi… Mungkin orang lain anggap sebab saya try sebab saya nak kejar popular. Tak… Sebab saya buat tu, sebab saya suka jaminan.

“Kalau tak, tak ada 12 tahun dalam industri kalau saya rasa nak fokus jadi popular. Saya tahu apa yang saya buat, saya tahu inilah periuk nasi saya. Minat untuk cari rezeki, jadi tak rasa ia macam satu tekanan,” ujarnya

Malah, pelantun lagu Irama ini juga tidak kisah jika dianggap membolot segala peluang pekerjaan sehingga hilang nilai eksklusif sebagai seorang penyanyi memandangkan Shiha sendiri terlibat aktif dalam bidang-bidang lain yang diceburinya.

“I don’t care! Saya tak nak fikir apa orang lain nak cakap sebab bagi saya, benda itu bukannya saya dipaksa buat.

“Sebenarnya, apa benda yang saya buat semuanya sudah ditapis dulu. Maknanya, ada tawaran lakonan yang saya anggap tak boleh bawa, maka saya takkan ambil. Ada banyak je yang mcam tu. Termasuklah undangan nyanyian yang bukan kita punya kemampuan, saya tak ambil pun. 

“Sama juga macam penyampai radio. Saya akui saya tak pandai pun… Tapi kalau nak saya sebagai seorang Shiha Zikir, saya okay dan ia dipersetujui,” katanya kepada Xtra.

Shiha ditemui ketika Konsert Revolusi Todak Music and Friend Showcase yang berlangsung di Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Sabtu.

Selain Shiha, konsert ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada artis-artis seperti Muzza, Gerhana Ska Cinta, Bunga, Fadh Majid, Razak A’Ai, Luqman Pudolski, Kay Khydir dan Dina Nasz.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Events Fri, 10 Jun 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Mon, 25 Sep 2023

Buah Tangan Baru Syafiq Abdilah, Suara Hidup Diinspirasikan Oleh OST K-Drama

Wahh sedapnya suara Syafiq Abdilah.. Korang kena dengar lagu Suara Hidup memang best!

Featured Sat, 28 Jun 2025

Kehilangan 2 Rakan, Tam Spider Akui Masih Ralat… Bangkit Dengan Konsert Berskala Besar

Kehilangan dua anggota Spider membuatkan Tam masih berasa ralat.

Hiburan Thu, 11 May 2023
error: Content is protected !!