Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 7, 2022 @ 7:02am

“Bila Tengok Orang Lain Buat, Saya Rasa…” – Perlahankan Rentak, Aliff Syukri Tak Mahu Lakukan Gimik Murahan

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, mula memperlahankan rentak di media sosial.

Menurut penyanyi lagu Bobo di Mana ini, dia tidak mahu kembali melakukan gimik murahan untuk meraih perhatian netizen.

“Kalau perasan, semenjak enam bulan kebelakangan ini, saya lebih suka duduk diam, menjauhkan diri tanpa terpalit dengan kontroversi.

“Saya mengakui, dahulunya ketika saya menceburkan diri dari dunia perniagaan ke dunia seni, saya kejar populariti. Saya mahu glamour.

“Ketika itu, saya sedar yang saya ni bukan artis, tapi rupa-rupanya populariti tanpa duit pun, tak memberikan sebarang makna.

“Sekarang, kalau nak cari kontroversi, sangat mudah. Asal ada orang buat isu atau buat hal, saya boleh nak menyelit dan turut memberikan komen sebab pengikut saya di media sosial sangat ramai.

“Saya bukan nak bangga diri, tapi itulah hal sebenarnya. Namun, sekarang saya dah tak mahu perkara sebegitu. Kini saya nak lebih matang, saya rasa lebih tenang.

“Bila tengok orang lain buat gimik itu, buat gimik ini, saya rasa tak mengapalah, semuanya saya dah rasa dulu. Sekarang, saya cuma nak cari ketenangan,” katanya.

Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut pelakon filem Badang ini, dia tak mahu isu panas yang membelenggu boleh memberikan kesan terhadap anak-anaknya yang kian meningkat dewasa.

“Saya bernikah di usia yang muda jadi anak-anak saya semakin besar. Anak sulung dah masuk tingkatan tiga pun. Bila ada benda viral membabitkan saya, saya segan bila anak-anak tanya.

“Jadi saya fikir, tak mengapa, walaupun kurang panas berbanding dahulu, maruah saya lebih penting,” katanya yang mahu memberikan perhatian terhadap perniagaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 May 2025

[VIDEO] “Jalan Kaki 15KM Bawa Perut Lima Bulan” – Telefon Mati, Siti Jamumall Kongsi Detik Cemas 

Bateri telefon mati, Siti Jamumall terpaksa berjalan selama 15 kilometer semeter

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Didik Anak Dengan Agama, Adab & Akhlak Untuk Bendung Gejala Buli” – Neelofa

Sering jadi mangsa buli siber, Neelofa kongsi nasihat untuk keluarga

Featured Fri, 12 Dec 2025

Selepas 2 Tahun Menyepi, Joe Flizzow Kembali Gegarkan Arena Hip Hop Dengan Single 501

Ikon hip hop tanah air Joe Flizzow kembali dengan single 501.

Drama Fri, 5 Dec 2025

‘Sumpah Ibuku’ Semakin Panas! Netizen Puas Hati, Che Yam Rupanya Dimadukan Dalam Diam

Makin best drama bersiri Sumpah Ibuku! Jangan lupa saksikan di slot Akasia TV3!

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

Featured Wed, 5 Nov 2025

Ernie Zakri Angkat Pop Moden Berunsur Funky, Single ‘Dansa’ Tampil Mesej Positif

Ernie Zakri, kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Dansa.

Featured Tue, 30 May 2023
error: Content is protected !!