Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2025 @ 8:30am

Selepas 2 Tahun Menyepi, Joe Flizzow Kembali Gegarkan Arena Hip Hop Dengan Single 501

Selepas dua tahun tanpa sebarang single, ikon hip hop tanah air Joe Flizzow kembali membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya apabila tampil dengan single berjudul, 501.

Lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Joe, manakala gubahan dan penerbitannya direalisasikan oleh duo hebat, SonaOne dan Gard,  kolaborasi ini menyatukan kembali dua nama besar dalam muzik tempatan.

Evolusi Bunyi, Kekal Dengan Akar Hip Hop

Menurut Joe, single ini memaparkan sisi lebih matang, jujur dan jelas, namun masih mengekalkan kekuatan lirik tajam yang sinonim dengan identitinya.

Malah, walaupun lebih eksperimental, 501 hasil gabungan produksi moden oleh SonaOne dan Gard ini mencerminkan evolusi muzik figura Hip Hop ini.

Video Muzik Gelap, Berani & Sarat Misteri

Tidak hanya sekadar audio, video muzik rasmi 501 ini turut mencuri perhatian apabila mengetengahkan visual bernuansa gelap, penuh konflik, ketegangan dan emosi mendalam.

Bahkan, beberapa adegan aksi yang mencetus tanda tanya seakan memberi isyarat bahawa lagu ini hanyalah sebuah permulaan kepada naratif yang lebih besar.

Untuk info, 501 kini boleh distrim di semua platform digital bersama video muzik rasmi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut!

Trending Sat, 28 Nov 2020
Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Haiza Kekal Relevan 30 Tahun Tanpa Kontroversi, Lancar Semula ‘Dag Dig Dug’ Versi Baharu

Haiza elak kontroversi, terus kekal relevan selepas 30 tahun.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025

[VIDEO] Momen Anak Fattah Amin Lambai & ‘High 5’ Amira Othman Curi Tumpuan

Fatima dilihat mesra melambai dan high 5 Amira Othman

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Zizan Razak Dedah Ibu Bapa Pernah Halang Jadi Artis, Main Gitar – “Kawasan Rumah Saya Dah Macam Filem Pablo Escobar”

Ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat anak mereka kan tapi kena juga ambil kira minat anak

error: Content is protected !!