Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 28, 2020 @ 2:21pm

Sakura Band Lancar Single Terbaru, Monopoli

Setelah beberapa ketika tidak muncul dengan buah tangan terbaru, kumpulan Sakura Band yang satu ketika dahulu popular dengan lagu ‘Polaroid’, ‘Pelarian’ dan ‘Melepaskanmu’  kini kembali dengan sebuah lagi karya untuk mengubati hati peminat mereka.

Sakura Band yang dianggotai oleh Melly Matius (Mell) Ali, Haniff dan Akai kali ini mempertaruhkan lagu ‘MONOPOLI’ selepas agak lama berehat. Lagu yang dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh ahli-ahli kumpulan Sakura Band sendiri ini, mendapat sentuhan Taja selaku penerbit.

Menurut Sakura Band, ‘MONOPOLI’ menceritakan tentang perasaan seseorang individu yang mencurahkan sepenuh hidupnya ke atas perkara atau orang yang disayangi. Dalam penulisan Sakura Band, ia lebih menjurus kepada dedikasi dan komitmen dalam muzik serta persahabatan mereka yang telah mencapai usia lapan tahun bersama.

Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa yang cuba menggambarkan perjalanan dan detik-detik indah kumpulan ini sepanjang lapan tahun bersahabat dan berkarya bersama.

“Oleh kerana video muzik ini seolah-olah mengimbas kembali perjalanan kumpulan kami, terdapat beberapa babak yang boleh dianggap penuh emosi buat kami sendiri saat menonton dan merakamnya. Kami harap para peminat bukan sahaja dapat menerima dan menyukai lagu ini tetapi juga dapat merasai apa yang kami cuba sampaikan melalui lagu dan cerita dalam klip video ini,” jelas Mell selaku vokalis dan satu-satunya ahli kumpulan wanita dalam empat sekawan ini.

Monopoli edaran Universal Music Malaysia boleh dimainkan dan didengari di semua platform digital bermula 27 NOVEMBER 2020 dan video muziknya juga boleh ditonton bermula pada tarikh tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Trending Fri, 2 Aug 2019
Featured Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2024

3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

3 tahun tu lama tau 😮‍💨 Doakan yang terbaik untuk Alif & Yasmin 🥹

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Fazura Dedah Sarimah Ibrahim Antara Rakan Selebriti Terawal Ambil Berat – “Selalu Kirim Surah & Beri Dorongan…”

Fazura bersyukur Sarimah Ibrahim sering bagi kata-kata semangat dan kirim surah

Hiburan Thu, 29 May 2025

[VIDEO] Ucap ‘Happy Birthday Sayang’, Pelukis Grafiti Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?

Cyril Kongo, pelukis grafiti terkenal Perancis suami baru Sharifah Sakinah

Featured Fri, 1 Oct 2021
error: Content is protected !!