Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 7, 2022 @ 7:12am

Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya, Michael Hansen.

Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya.

“Kami tak muat naik bukti sebab tak nak mengharu birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba tiba kena convert Hindu, mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah, terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan,” tulisnya.

Aktres drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini menjawab dakwaan netizen yang meninggalkan tuduhan berbunyi ‘Tahniah Kinah masuk Kristian’ di ruangan mesej langsung (DM) di Instagram.

Tambah Sakinah, dia tidak menunjukkan bukti kerana ingin menjaga hati keluarga suaminya yang merupakan seorang jejaka Inggeris yang berasal dari Sweden.

“Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Sakinah mendedahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan Michael tetapi tidak memberitahu butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang Sudah Rasmi, Tak Payah Tanya Lagi Okay!” – Sharifah Sakinah Akui Kahwin ‘Senyap-Senyap’ Gara-Gara…

Menurut Sakinah, dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan atau mengumumkan perkahwinannya dengan suami kerana ia berkaitan soal peribadi dan agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Sarah Yasmine Didakwa Perli Ruhainies, Buat Video Parodi ‘Tak Pandai Menangis’ – “Hang Memang FK!”

Nampak gayanya kenyataan Ruhainies tak pandai menangis ni masih hangat 🤣

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
error: Content is protected !!