“Sekarang Sudah Rasmi, Tak Payah Tanya Lagi Okay!” – Sharifah Sakinah Akui Kahwin ‘Senyap-Senyap’ Gara-Gara…

Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya mengakui telahpun berkahwin dengan teman lelakinya, Michael Hansen.

Berita itu diumumkan oleh beliau menerusi hantaran terkini di instagram miliknya.

“Ya, kami sudah berkahwin. Bagi mereka yang bertanya kenapa kami tidak menghebahkan atau mengumumkan perkahwinan ini adalah kerana ia berkaitan soal peribadi dan agama.

“Jadi, kami pilih untuk keep it low. Tapi sekarang, sudah rasmi! Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih dan sayang semuanya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Sakinah tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tarikh sebenar perkahwinan beliau dan Hansen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan followers beliau mengucapkan tahniah atas berita perkahwinan tersebut  sekaligus turut berbangga dengan pencapaian pusat kecergasan wanita yang dimiliki pasangan ini sejak satu tahun yang lalu.

“Happy 1st Anniversary @hemmafit Hemmafit!

“Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj. Then pandemic happened and more people need to workout from home, makin lama makin growing dan eventually Hemmafit ditubuhkan secara proper dan legit. Tambah modal, equipment, trainers, nutritionist dan commitment daripada Sakinah setiap hari yeh!,” tulisnya.

Terdahulu, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, pernah mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan lelaki berbangsa Sweden sebelum mengambil keputusan untuk menetap di luar negara.

Untuk rekod juga, Sakinah sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,  Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

 

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…

2 hours ago