Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 14, 2018 @ 11:32am

Tak Kecewa Langsung, Hubungan Kami Dah Berakhir – Zul Ariffin

Terjawab akhirnya status hubungan pelakon Zul Ariffin dan pelakon Zahirah Macwilson apabila jejaka itu mengesahkan perhubungan mereka telah berakhir…

Kata Zul kepada BH Online, hubungan mereka terputus sejak lebih sebulan lalu.

Bintang berusia 31 tahun itu berkata, sejak tahun lalu, ramai yang sudah mengetahui mengenai perhubungan mereka yang bagai ada pasang surutnya.

“Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

“Sebab itu, saya hanya memberi ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya,” katanya.

Zul menegaskan hubungan mereka sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.

” Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi,” katanya.

Krisis hubungan Zul dan Zahirah bagaikan tiada penghujung apabila beberapa isu meletus sepanjang percintaan mereka. Ia termasuk kontroversi mengaitkan aktres jelita itu sebagai ‘orang ketiga’ dalam kemelut perhubungan Kamal Adli dan Emma Maembong, tahun lalu.

Bapa Zahirah, Zainol Macwilson, juga dilaporkan tidak memberikan restu andai anaknya bercinta dengan aktor itu.

Bagaimanapun, pelakon Tombiruo dan J Revolusi itu sebelum ini dilihat masih terus mempertahankan hubungan yang sudah terjalin sejak tiga tahun lalu.

Pelakon lelaki filem popular ABP tahun lalu berkata dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku.

“Kecewa? Tidak. Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

“Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya,” katanya yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu.

Zul berkata, dia reda apabila kepincangan hubungan yang berpanjangan tidak mampu dipulihkan lagi.

“Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

“Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022
Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Video Anak Senyap Tiba-Tiba, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tiara & Achey – “Anak Lawak, Ayahnya Lagilah Lawak!”

Pelawak terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah sering berkongsi momen dan gelagat kelakar bersama dengan isteri dan anaknya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, Achey memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram […]

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran di mana ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

error: Content is protected !!