Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2022 @ 10:00am

Jom Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Skim Pembiayaan i-Lestari Sehingga RM100,000

Kerajaan Negeri Selangor kini memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah Selangor untuk membiayai usahawan dalam usaha menyokong perniagaan di negeri tersebut.

Difahamkan sektor keusahawanan ini sangat penting bagi kerajaan negeri bagi merancakkan semula ekonomi sekaligus memperkenalkan skim pembiayaan yang dikenali sebagai Skim i-Lestari.

Skim i-Lestari merupakan skim yang menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.

Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  • RM51,000 sehingga RM100,000

Maklumat pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan – 50 minggu (1 tahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)
  • Caj perkhidmatan – 8% setahun
  • Wajib membuat tabungan
  • Bayar balik secara mingguan / bulanan (Tertakluk kepada perubahan semasa)

Syarat Kelayakan

Tawaran skim i-Lestari ini terbuka kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat Selangor/ Bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun
  3. Mengundi dalam negeri Selangor
  4. Berumur 18 hingga 65 tahun
  5. Perniagaan sudah beroperasi
  6. Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  7. Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan atau pajakan
  8. Mempunyai lesen / perniagaan yang sah
  9. Tidak mempunyai rekod yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  10. Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  11. Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Dokumen permohonan

Permohonan mestilah dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut;

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/Permit PBT/ Kad Nelayan/ Geran Tanah) pemohon
  4. Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini
  5. Gambar perniagan pemohon
  6. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon

Cara mohon

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi mikrokredit.selangor.gov.my

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan bolehlah layari www.hijrahselangor.com

 

 

Sumber : Hijrah Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Trending Tue, 9 Jan 2018

Stor Apple Bertukar Kecoh Apabila Bateri IPhone Meletup

Angkara sebiji bateri Iphone meletup, kecoh satu kedai dibuatnya! Kejadian berlaku di sebuah stor Apple di Zurich dimana…

Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

Featured Wed, 6 May 2026

“Tak Payah DM Ajak Bertaaruf Bagai” – Ezzanie Jasny Perjelas Luahan Hati Soal Jodoh

Ezzanie Jasny menjelaskan, luahan peribadinya itu hanyalah sekadar perkongsian buat peminat.

Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Thu, 9 Feb 2023

#RoadToAJL37: Taburan ‘Hujan’, Lontaran Vokal Dua Generasi… Ini Antara Trivia Finalis Gabungan ‘Meletop’ Sepanjang AJL

Fuhhhh, hebat hebat kan pasangan duet AJL kita! Paling epik hujan turun membasahi pentas Axiata 🤩🤩 Yang mana satu fav korang?

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Katy Perry In Khoon Hooi? Wow!

Way to go Khoon Hooi!

Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

error: Content is protected !!