Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 16, 2022 @ 6:16pm

Rasa Macam Kena Scam… Pengantin Spend RM7,000 Nak Kek Kahwin Batu Swarovski, Akhirnya Dapat Manik Biasa

Usahawan selebriti, Iddin Syah meluahkan kekecewaan apabila kek majlis resepsi perkahwinan bernilai RM7,000 yang ditempah berbeza daripada apa yang dijangka.

Menurut Iddin yang merupakan pengasas produk kecantikan ESW, permintaannya untuk melihat kek perkahwinan dihiasi batu Swarovski musnah apabila kek yang tiba hanya menggunakan manik biasa.

Iddin meluahkan kekecewaan menerusi sebuah hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya.

Iddin yang mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan isterinya, Farah Sueriza pada Sabtu lalu turut memuat naik foto kek terbabit.

“Majlis perkahwinan bukan selalu kita buat, jadi saya memang impikan kek berhiaskan batu Swarovski.

“Saya memang tidak pernah berkira dengan harga sebab semuanya saya lakukan untuk isteri yang selama ini bersama dengan saya.

“Kek yang saya dapat untuk majlis pada malam itu memang tidak seperti yang digambarkan. Kualiti sangat teruk, saiz juga kecil. Sepatutnya kek itu berharga RM7,000 tapi hasilnya macam RM70 saja.

“Kek real yang boleh dimakan sangat kecil daripada kek S**ret R**. Sangatlah tidak berbaloi. Yang lain hanya foam sahaja semata-mata, walaupun diminta dua tingkat kek real dan yang lain adalah dummy atau palsu.

“Design yang dihantar tidak seperti mana yang saya impikan dan hanya menggunakan sticker sahaja seperti kek yang sangat murah. Dijanjikan adalah batu Swarovski tetapi yang dapat hanyalah manik,” tulisnya.

Iddin juga menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi dia mahu orang ramai lebih berwaspada.

“Anda semua boleh menilai sendiri daripada gambar ini. Niat saya bukan nak jatuhkan mana-mana pihak tetapi saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang lain dan supaya lebih berhati-hati ketika memilih vendor.

“Pada majlis yang penuh dengan kegembiraan dan malam bersejarah itu, semestinya saya inginkan yang terbaik buat isteri kesayangan Farah serta tetamu yang hadir.

“Walaupun nampak saya tersenyum sebenarnya malam itu saya sedikit kecewa dengan kek perkahwinan kami,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memohon agar Iddin bersabar dan turut menjadikan perkongsiannya sebagai pengajaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Cari Tudung Bawal, Kelibat Tun Hasmah Disantuni Peniaga Curi Perhatian – “Sangat Humble & Berbudi Bahasa”

Tun Hasmah dilihat begitu mesra dan rendah hati berinteraksi dengan peniaga di sebuah butik tudung.

Trending Tue, 8 Dec 2020
Trending Mon, 6 Jan 2020

Take A Look Inside Mangala Resort And Spa, Malaysia’s First Ever Ecological Luxurious Resort And Spa

Nestled in a beautiful lush view, Mangala Resort & Spa is truly Malaysia’s best kept secrets

Featured Fri, 26 Aug 2022

Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Tenang-tenang ajaaa dulu ya Caaaa! Usah ribut kawin dulu ar💐

Featured Thu, 4 Sep 2025
Trending Thu, 21 May 2020

Berita Baik Buat Orang Ramai Di Sekitar Lembah Klang & KL

Take note buat yang berada di Lembah Klang dan KL!

error: Content is protected !!