Trending By: Padin February 18, 2022 @ 4:14pm

Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Isu yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali akhirnya terjawab apabila keputusan kes saman fitnah yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey itu berpihak kepadanya.

Memetik laporan Harian Metro, Hidayah ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, dia berasa lega dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Alhamdulillah saya dah rasa lega,” katanya ringkas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hidayah dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, kemenangan itu sekali gus berjaya membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.

“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami. Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Hidayah ditolak dengan kos.

“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.

“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami, tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami,” katanya.

Kontroversi mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali memfailkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Harian Metro
Foto: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Peminat Bola Sepak Protes Keputusan Pengadil Jepun Berat Sebelah

Jangan main-main dengan skuad bawang Malaysia!

Featured Mon, 21 Mar 2022
Trending Mon, 24 Feb 2020

Korea Selatan Umum Amaran Tertinggi COVID-19 Catat Kenaikan Mendadak

Semoga yang baik-baik sahaja buat seluruh rakyat Korea Selatan

Featured Mon, 19 Dec 2022
Trending Tue, 26 Nov 2019

Bye Bye Angels, The 2019 Victoria’s Secret Fashion Show Is Canceled As People Demand For More ‘Diversity’

It looks like there won’t be any angels strutting down the runaway this year..

Kes Mahkamah Fri, 27 Oct 2023
Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]