Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 24, 2022 @ 7:41pm

“Saya Sendiri Tak Tanya Bila Neelofa Nak Kongsi Wajah Bilal” – Datin Noor Kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 56, menyerahkan keputusan kepada anaknya, selebriti popular Neelofa untuk berkongsi foto wajah cucunya, Muhammad Bilal kepada orang ramai.

Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit kerana menghormati pilihan dan privasi Neelofa.

“Saya tak ada tanya pun mengenai perkara itu. Famili yang terdekat macam sepupu dan saudara marah pun belum tengok lagi wajah Bilal, mereka tak dapat lagi foto Bilal. Ada yang minta, tapi kami pilih untuk tidak berkongsi.

“Malah, saya sendiri pun tak tangkap gambar cucu biarpun setiap hari melawat Neelofa dan Bilal. Neelofa memang akan berkongsi foto Bilal setiap hari dengan saya, tapi saya tidak pula bertanya bila dia mahu dedahkan wajah anaknya pada semua orang.

“Mengenai perkongsian foto, biarlah dia sendiri yang buat keputusan itu, hormati pendiriannya. Malah, kami pun tak tanya apa alasan dia belum berkongsi rupa paras Bilal. Tapi rasanya kalau tidak bertanya mengenai perkara itu pun, kita sendiri akan faham mengapa,” katanya.

Bersyukur kerana Neelofa dan Bilal berada dalam keadaan baik, Kartini turut berkongsi panduan berpantang dengan anak kesayangannya itu.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Neelofa berpantang di hospital selama seminggu, kemudian meneruskan tempoh tersebut di kediaman saya selama seminggu.

“Selepas itu, dia kembali pulang ke rumah. Lebih selesa di rumah sendiri kerana ibu yang berpantang sudah tentunya mahukan keselesaan. Barang bayi pun banyak. Biarpun ada khidmat ‘confinement lady’ yang menguruskan Neelofa, tapi sebagai ibu saya tetap menjenguknya setiap hari.

“Saya berkongsi panduan berpantang, pengalaman jadi ibu dan sering ingatkan pada Neelofa apa yang perlu dan sebaliknya. Syukur kerana Bilal adalah seorang bayi yang mudah untuk dijaga,” katanya.

Kartini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Turut hadir di acara terbabit ialah adik beradik Neelofa iaitu Mohamed Aqif selaku Ketua Pegawai Eksekutif Naelofar, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan.

Jenama ini secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid bermula 24 Februari di semua cawangan rasmi Naelofar yang menampilkan nilai keberanian dalam koleksi eksklusif tudung, kaftan dan bag yang diinspirasikan daripada watak Ariel.

Para peminat duyung dijemput untuk menikmati pengembaraan laut di LG Oval Atrium, One Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

Mengaku Bersalah Langgar Lari, Pemandu Nissan Navara Dipenjara 30 Hari & Denda RM12,000

Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri didenda RM12,000

Hiburan Tue, 4 Mar 2025

Zarina Anjoulie Menyesal Buat Hidung Di Vietnam, Alami Jangkitan Serius Hingga Bernanah

Hidung Zarina Anjoulie bernanah sejak buat hidung di Vietnam

Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Featured Sun, 26 May 2024

“Lelaki Kalau Dengar Nama Saya Semua Risau…” – Raja Azura

Sabarlah Kak Engku, kalau dah nama jodoh pasti bertemu jua nanti🥰🥰🥰

Trending Fri, 1 Feb 2019

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Super cool! Google kini meraikan sarapan nombor satu rakyat Malaysia, Nasi Lemak!

Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Tak Selesa Beri Kenyataan Isu Aliff Aziz, Sophia Albarakbah Jarang Baca Gosip Hiburan

“Social Media banyak benda tak berfaedah” – Sophia Albarakbah

error: Content is protected !!