Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 1, 2022 @ 8:05pm

Kerajaan Diminta Benarkan Pengeluaran KWSP Menerusi Bantuan I-Ceria

Terdahulu, permintaan rakyat terhadap pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off masih hangat diperkatakan.

Malah, ada dalam kalangan masyarakat yang masih berharap pengeluaran ini akan dapat diteruskan.

Menurut Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol),  pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca COVID-19.

Ini kerana,  terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Malah, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan ‘Keluarga Malaysia’ dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’.

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

“Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini… apa yang mereka hendak makan,” katanya.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Apr 2021
Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

11 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Anda Pergi Bercuti

Kena buat supaya perjalanan anda lancar dan tidak bermasalah.

Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Datuk Siti Nurhaliza On The Cover Of Malaysia Tatler

This is such a great start of the year for Malaysia’s legendary superstar.

Trending Mon, 15 Jul 2019

Helping the Needs with “Suspended Meals”

We all believe in the saying “Giving Will Always Lead to Receiving” and it’s not all about money.

Trending Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Wed, 16 Jul 2025
Featured Mon, 15 Jul 2024

“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

Wah, kalau betul apa salahnya kan? Moga yang baik-baik semuanya😍

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Wed, 16 May 2018

Bintang Bollywood Aishwarya Rai Raih 1.4 Juta Pengikut Di Instagram Dalam Masa 4 Hari!

Akaun milik isteri kepada pelakon Abhishek Bachchan itu kini sudah mencecah 1.4 juta pengikut sejak dibuka empat hari lalu! 

error: Content is protected !!