Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 21, 2024 @ 5:38am

11 Tahun Tanpa Album Studio, Hazama Kini Muncul Dengan Pujangga

Selepas 11 tahun tanpa kehadiran album studio terbaharu, penyanyi Hazama muncul dengan album Pujangga.
 
Bersama Pujangga, Hazama memuatkan 10 buah lagu yang telah dikemas dengan berkualiti demi memastikan penantian sedekad peminat berbaloi.
 
Ia digarap penuh hati-hati dengan Hazamaworks Sdn Bhd dan Silent Kaiju Studio menjadi pengarah projek memastikan Pujangga yang diterbitkan sendiri oleh Hazama selaku penerbit.

Manakala isteri Hazama, penerbit muzik prolifik, Genervie Kam bersama komposer Zimi menggembleng tenaga dan idea selaku Penolong Penerbit bagi menepati piawaian untuk dipasarkan.


 
Pembikinan album Pujangga merupakan projek independent atas gabungan dana oleh Hazamaworks Sdn Bhd dan Silent Kaiju Studio dan mereka turut mendapat perhatian dan bantuan dana dari MyCreative Venture Sdn Bhd (MYCV) yang disokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD).
 
Mengulas tentang Pujangga, Hazama, 40, memilih judul sedemikian sebagai sebuah gambaran untuk keseluruhan isi album yang melodinya dirakamkan di Royale Chulan, Cherating ini.
 
“Pujanhha membawa maksud pengarang sajak, syair dan ahli fikir yang secara keseluruhannya bercerita tentang isi album ini.
 
“Karya-karya yang dihasilkan punya cerita yang disampaikan lewat untaian lagu yang digarap kemas sepanjang pembikinan Pujangga. Saya mahu betul-betul bercerita, bersyair atau berpujangga dengan semua karya saya,” katanya Hazama.
 
Malah juara Akademi Fantasia musim kesembilan ini mengambil pendekatan berani dengan melahirkan album penuh pada saat pemuzik memilih hadir bersama single demi single.
 
“Pada saat hampir semua pemuzik atau penyanyi di dunia tidak melahirkan album fizikal apalagi dengan 10 buah lagu terkandung di dalamnya, saya mengambil pendekatan untuk memasarkan Pujangga kerana ia akan menjadi sejarah dan sesuatu yang kekal relevan dalam karier saya bukan hanya sebagai penyanyi tetapi pemuzik dan penerbit album,” ujar Hazama.
 
Hazama juga serius menghasilkan Pujangga apabila konsep album turut dirakamkan di Tokyo, Jepun.

“Harapan saya agar jeda panjang di antara Penglipurlara dan Pujangga akan dapat mengubat kerinduan peminat terhadap karya dari saya bersama pasukan yang terlibat,” ujar Hazama ringkas.
 
Pujangga telah dipasarkan oleh Sony Music bermula 29 November 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Nov 2021

Mekanik Maut Dihempap Kereta Semasa Buat Kerja Pembaikan

Mekanik maut selepas dihempap kereta di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, pada Sabtu. Menurut laman Berita Harian, mangsa, 31, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian. Jurucakap Pusat […]

Featured Sat, 15 Mar 2025

Guna Wang Simpanan Peribadi & Jual Rumah Demi Villa Di Langkawi, Black Hanifah Nafi Buat ‘Loan’ Bank

Black Hanifah menjelaskan villa miliknya yang kini beroperasi di Langkawi itu adalah hasil titik peluhnya.

Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

#tilljannah Wed, 18 Jan 2023
Trending Wed, 28 Mar 2018

Kerana ‘Accept Friend Request’ Terus Cinta Berputik

Tak disangka hanya dengan accept friend request, cinta terus berputik

Featured Tue, 6 Dec 2022
Featured Mon, 22 Jul 2024
error: Content is protected !!