Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 15, 2025 @ 4:08pm

Guna Wang Simpanan Peribadi & Jual Rumah Demi Villa Di Langkawi, Black Hanifah Nafi Buat ‘Loan’ Bank

Penyanyi, Black Hanifah menjelaskan villa miliknya yang kini beroperasi di Langkawi itu adalah hasil titik peluhnya.

Kata Black ketika ditemui XTRA, tiada sebarang pinjaman bank dibuat untuk membangunkan Rindu D’ Villa dan  Dayyan D’Villa melainkan ia adalah hasil simpanan wang peribadi termasukah menjual kediamannya seperti yang tular sebelum ini.

Menurut Black, dia tidak mempunyai sebarang hutang ketika membangun vila miliknya kerana ia dibayar secara tunai.
“Villa dan perniagaan ini adalah hasil simpanan saya termasuklah menjual rumah saya sebelum ini.
“Dan, saya juga tidak ada hutang atau pinjaman dengan mana-mana bank  kerana semuanya dibayar secara tunai,” ulasnya.
Black berkongsi menegnai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music di Glam Hall, Damansara Perdana pada Jumaat.
Seperti sebelum ini, Black juga percaya menabung dan menyimpan boleh menjamin kesenangan.
Justeru dia enggan mengambil pusing terhadap tuduhan netizen di luar sana mengenai perniagaan yang dijalankannya.
“Saya tidak mahu komen apa-apa doakan yang terbaik.

“Saya yakin kalau rajin menabung atau menyimpan itu adalah kunci untuk berjaya dan saya sudah buktikan,” jelasnya.

Terdahulu, pelantun lagu Teman Pengganti ini pernah terpalit dengan dakwaan yang menyatakan dirinya membeli sebuah kapal mewah untuk mencuci duit atau menggunakan wang haram.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Betul Duit Haram, Mesti Saya Dah Duduk Lokap!” – Black Hanifah Perjelas Status Miliki Kapal Mewah & Villa Di Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN:Black Hanifah Akhirnya Perjelas Isu Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram – “Banyak Benda Yang Saya Belajar”

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram, Black Hanifah Alami Anxiety -“Patutnya Anak Melayu Kena Bangga Bukan Saling Menjatuhkan!”

Sekadar info, Black dan Adira Suhaimi turut berkolaborasi bersama menerusi lagu raya terbaharu mereka berjudul,  Syawal Rindu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 Aug 2023
Featured Mon, 30 Oct 2023

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Sejuk perut ibu yang mengandungkan. Moga Syaikhul & Sumayyah always happy❤️❤️❤️

Trending Fri, 12 Jan 2018

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini. Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu […]

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Muka Semua International” – Muat Naik Video Bersama Adik Perempuan, Netizen Puji ‘Siblings’ Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video bersama adik-beradik perempuannya

Trending Thu, 11 Oct 2018

Tak Nak Bayar Parking Punya Pasal, Pemandu Bakal Disiasat?

Alahai, sebab RM 3 pun sampai nak bergaduh dekat parking? Apa cerita ni…

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Tue, 16 Jul 2024
error: Content is protected !!