Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2023 @ 2:15pm

[VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

Pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya apabila berkongsi beberapa foto dan video sekitar majlis graduasi  Syaikhul Islam dan Sumayyah, pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Puteri Sarah memaklumkan, dia baru sahaja tiba dari Jakarta sebelum bergegas ke majlis tersebut.

“Dari Jakarta, Baru touchdown terus pergi graduation abang dan adik. 

“Penat nak mampuih but demi anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga kelihatan sebak apabila berkongsi sepotong video pendek memaparkan anak sulungnya sedang menjadi imam solat untuk kawan-kawannya yang lain.

“Allahuakbar (beserta emoji menangis). Syaikhul Islam jadi imam untuk kawan-kawan dia yang lain.

“I am so proud of you abang,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Malah, menerusi hantaran terkini di platform sama, aktres itu juga kelihatan memuat naik foto kedua anaknya beserta kata semangat di atas pencapaian terbaik yang diperolehi mereka.

“Well done Syaikhul islam and Sumayyah,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Syaikhul dan Sumayyah menjadi anak yang baik, bijak, cergas dan sentiasa terpeliharan dari tekanan orang sekeliling.

Bahkan, bekas ibu mentuanya juga iaitu Datin Patimah Ismail kelihatan turut memberikan respons dan mengucapkan syukur di atas pencapaian cucunya.

Sekadar info, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata,  Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

“Jurusan B*d*h dan Tiada Hala Tuju?” – Aaron Aziz Tempelak DMA Islam

Aaron Aziz tegur DMA Islam kritik jurusan Masscom tiada hala tuju

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Trending Thu, 14 Dec 2017

Wang kertas peringatan sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas sebagai peringatan

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
error: Content is protected !!