Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 20, 2023 @ 5:40pm

Remy Ishak, Isteri Pilih ‘Tuah Alam’ Sempena Nama Anak Pertama

Pelakon Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof tampil mengumumkan nama putera sulung mereka, Tuah Alam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pasangan itu menerusi sebuah hantara di Instagram, hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Remy turut berkongsi momen dirinya pergi mendaftar nama anaknya itu di Jabatan Pendaftaran Negara bagi sebuah program realiti stesen televisyen berbayar.

“”Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.

“”Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.

Selain itu, Remy menyatakan antara sebab dirinya memilih nama Melayu kerana percaya nama Tuah Alam itu mampu memberi aura positif kepada orang ramai.

“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?

“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.

“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.

“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang memuji nama anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Terdahulu, Remy mengumumkan Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, pada 27 Julai lalu.

Remy dan Ezza telah mendirikan rumah tangga, pada 21 Ogos 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2024

Mokhzani Ismail Beri Respons Isu The Gadys Nyanyi Sumbang

‘Tak payah nak kecoh sangat macam baru pertama kali dengar orang nyanyi sumbang’ – Datuk Mokhzani

Featured Thu, 8 Aug 2024
Featured Tue, 9 Dec 2025

“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

Pengawal peribadi kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, meluahkan rasa prihatin dan ambil beratnya terhadap Fatima.

Featured Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

新人「他·表哥」典礼快闪全程不露脸!首次公开与林可欣演出

史上最大牌新人 「他·表哥」典礼快闪全程不露脸,首次公开神秘演出与林可欣反转抖音神曲嗨爆全场。

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

’Bukan Lagu Tentang Saya Tapi…’- Patrick Buka Mulut Kongsi Kisah Lagu Baru IAmNeeta

Jom request lagu Ilusi di radio Hot FM & Kool FM sekarang!

Featured Mon, 24 Nov 2025
error: Content is protected !!