Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 7, 2022 @ 6:04pm

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Setelah 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik, malam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) merupakan sejarah dan pengalaman paling manis buat penyanyi Marsha Milan.

Berkat doa dan kesabarannya, Marsha akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas AJL 36 menerusi lagu Cinta, hasil nukilan Akim Ahmad yang dikenali sebagai Hang Nadim dan Stacy Anam sebagai Bunga Cinta dan meraih gelaran naib juara.

Image

Lebih manis, Marsha juga berjaya merangkul trofi Persembahan Terbaik menerusi nyanyian yang penuh bertenaga.

Sebelum ini, Stacy berkali-kali menjadi finalis anugerah berprestij ini sebagai penyanyi namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah.

Kini, beliau telah membuktikan kebolehannya tersendiri dalam mencipta lagu. Diam-diam ubi berisi Stacy ni!

Meninjau di laman sosial Twitter, ramai dalam kalangan netizen memberikan ucapan tahniah dan turut tumpang gembira atas anugerah yang dimenangi oleh Marsha, Stacy dan Akim.

Selain itu, mereka turut mengucapkan tahniah kepada Stacy kerana beliau akhirnya berjaya memenangi anugerah AJL sebagai seorang komposer lagu.

Peminat AJL turut mengakui mereka sangat terpegun dan terkesima dengan penyampaian Marsha pada malam kemuncak AJL 36.

Ramai yang terpukau dengan lontaran dan kelunakan suara Marsha yang selama ini mungkin dianggap ‘biasa’ sahaja oleh segelintir pihak.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram milik pencipta lagu Cinta, Akim menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada isteri tercinta kerana kesudian Stacy untuk bersama-sama mencipta lagu tersebut.

“Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa. Terima kasih isteri terpaling dicintai yang telah menjadikan seorang pejuang dengan rasa cinta dalam diri. Terima kasih bersama menghasilkan lagu Cinta. I love you so much,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Akim turut mengakui dia dan Stacy tergamam apabila melihat susun atur muzik untuk AJL 36 dan gaya penyampaian Marsha begitu menyentuh hati mereka.

“Terima kasih tak terhingga kepada @marshamilan yang mempersembahkan persembahan sehingga tak terkelip mata kami. Dengan arrangement music yang epik oleh Puan @generviekam, sumpah! Sangatlah terharu bila lagu ni di persembahkan sebegini rupa.

“Terima kasih @cikgushafi yang membantu menyiapkan Marsha. @marshamilan sememangnya tak boleh diragukan tahap komited, profesional dan kesungguhannya. Terima kasih buat surprise dengan nyanyian yang penuh dengan penceritaan dan emosi, power!” tulisnya lagi.

Artikel berkaitan: Aina Abdul VS Pokok & Piala, Nabila Huda VS Statue of Liberty, Naim Daniel VS Billie Eilish? Jom baca coret-coret AJL36!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Dec 2025

“Apa Pun Berlaku, Dia Tetap Ibu Saya” – Anna Jobling Pilih Berdamai

Anna Joblinh dan ibunya dilihat berpelukan di karpet merah ABPBH37

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Alha Alfa Minta Jangan Bandingkan Greta Thunberg & Aktivis Malaysia – “Yang Cakap Lebih-Lebih Tu Jom Join Next Wave!”

Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hanya mampu menyokong dan mendoakana dari jauh sebaiknya kita tidak terus membuat kesimpulan dengan tindakan mereka.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Sat, 6 Nov 2021
Hiburan Sat, 23 Feb 2019
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?

Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sentuhan Segar Menggamit Nostalgia, Melodi Memperkenalkan Muzik Video ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini

Lagu Raya Untukmu hadir dengan gabungan elemen moden dan klasik yang menjadikannya segar, namun masih mengekalkan jiwa perayaan yang penuh nostalgia.

error: Content is protected !!