Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 15, 2022 @ 7:50pm

Kucaimars Berkolaborasi Dengan Duo Indonesia Menerusi Obat Rindu

Penyanyi kacak, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’.

Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan. Paduan serasi di antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.

Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan terompet ini menceritakan tentang hubungan jarak jauh (LDR). Rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan yang sedang menjalani hubungan LDR menjadi intipati kepada single ini.

“Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, salah seorang ahli Suara Kayu.

Kolaborasi sememangnya bukan perkara baharu bagi duo Ingrid dan Dewangga. Suara Kayu kerap melakukan kolaborasi dengan beberapa pemuzik dan content creator di serata bidang. ‘Mini-a-Tour’, jelajah kolaborasi yang diadakan dengan pemuzik dan YouTuber terkenal dari Bandung, Jogja, Semarang dan Surabaya kini boleh ditonton di saluran YouTube Suara Kayu.

“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,” jelas Dewangga pula.

Melalui sebuah temuramah, Kucaimars merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu.

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujar pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi.

Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single Obat Rindu ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia.

“Semoga lagu Obat Rindu menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya juga,” akhiri Ingrid.

Sebagai maklumat tambahan, Suara Kayu telah melancarkan EP keduanya yang berjudul ‘Kumpulan Cerita Pendek’ yang memuatkan enam buah lagu akustik di mana salah satu treknya berjudul ‘Hahaha’ merupakan kolaborasi bersama duo muzikal Bianca Dimas.

Single mereka berjudul ‘UWU’ (Unhappy Without You) mendapatkan sambutan luar biasa di TikTok dengan jumlah tanda suka sebanyak 203 ribu dan memperoleh tontonan melebihi 69.6 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Feb 2019
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

“Go Ahead, Saya Tak AmbiL Berat Orang Cakap Apa Pun” Jawapan WIN Anzalna Buat Netizen Sentap?

Semoga Anzalna dan suami dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat. Aamin!

Featured Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

“I Should Get Married To Mark”, EXO’s Kai Confesses His Love For NCT’s Mark

It’s not that serious people! He’s just showing his support for his junior!

Drama Tue, 21 Apr 2026

Tampilkan Gandingan Raden Zaharatul Bersama Hafidz Roshdi & Syarul Ezani, Singkap Rahsia Terbongkar Dalam Naskhah ‘Cinta Kedua’

Drama terbaharu Cinta Kedua tampil sebagai naskhah Tonton Eksklusif yang bakal menyentuh emosi penonton menggandingkan lakonan Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi & Syarul Ezani.

Featured Fri, 22 Jul 2022

[VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Allahuakbar… Apalah dosa anak kecil tu sampai sanggup lakukan begini.. Difahamkan Alia tak sampai setahun diambil sebagai anak angkat olehnya.. Apapun, segalanya kita serahkan pada pihak polis. #JusticeforAlia

error: Content is protected !!