Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 18, 2022 @ 5:00pm

Sering Tampil Dengan Imej Pelik, DSV Disamakan Dengan Watak Red Queen, Pennywise & Lady Gaga!

Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi tampil berimej pelik apabila berkongsi beberapa petikan video pendek di laman Instagram dan TikTok miliknya pada Khamis.

Malah, dalam video tersebut juga DSV turut membawakan karakter seakan-akan watak Red Queen dalam filem popular,  Alice in The Wonderland, Pennywise (IT) dan juga turut diberikan jolokan sebagai Lady Gaga Malaysia.

Untuk makluman, karakter dan imej yang dibawakan oleh DSV itu sebenarnya bagi tujuan penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan yang akan dilancarkan pada 20 Mac ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sementara itu, imej pelik yang ditampilkan oleh DSV sejak beberapa minggu ini nampaknya menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada antara mereka yang menyokong malah ada juga yang menasihatkan agar usahawan ini tidak menjatuhkan ‘air muka’ sendiri.

Namun, apa yang harus dipuji adalah usaha dan kerja keras DSV dalam menjayakan muzik video terbaharunya ini kerana, semasa proses penggambaran berjalan DSV dilaporkan sukar bernafas dan hampir terjatuh. 

Bagaimanapun, perkongsian DSV ini telah ditonton lebih 900,000 tontonan dengan 43,000 tanda suka sejak ia dimuat naik menerusi aplikasi Tik Tok. 

@datoserividaofficial Reply to @rosidayunos struggle is real sayang . 3 hari lagi sebelum launching lagu ku ikhlaskan . #kuikhlaskan #dsvkuikhlaskan #dsv #lagubaru #fyp #viral #dsv #masukberanda #fyppppppp #jatuh ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Jun 2022

Lee Chong Wei & Taufik Hidayat Bakal Berentap Di ‘Live’ TikTok?

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga TikTok selepas dilihat membuka akaun di platform media sosial terkenal itu baru-baru ini. @leechongweiofficial Hi everybody, I am Lee Chong Wei, […]

Kes Mahkamah Tue, 26 Dec 2023

Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

Semoga kes ini diadili dengan baik dan telus

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Fouziah Gous Sedia Bantu Suami

Tidak mengharapkan sang suami sahaja mencari rezeki, si isteri turut membantu….

Hiburan Sat, 14 Jun 2025
Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Featured Wed, 9 Apr 2025

“Usaha Tak Pernah Khianati Hasil” – #SudahJalanKaBelum Ternyata Berkesan, Berat Badan Uyaina Arshad Turun 16 Kilogram

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa bangga apabila usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal akhirnya membuahkan hasil.

error: Content is protected !!