Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 21, 2022 @ 9:12pm

“Kita Pun Ikut Tidur…” – Ernie Zakri Dodoi Anak Dengan Lagu I’tiraf, Peminat Turut Sama Terbuai!

Kemerduan suara penyanyi Ernie Zakri mengalunkan lagu I’tiraf berjaya meraih perhatian wargamaya yang turut tenang mendengarkan suaranya.

Menyanyikan semula lagu nyanyian asal kumpulan nasyid Raihan, puteri sulungnya Nur Khawla Soleha dikatakan amat menyukai alunan zikir tersebut. Mesti Khawla tidur lena kan?

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ernie menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya sehingga netizen yang mendengar pun turut sama jatuh cinta!

Meninjau di ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan pengikut Ernie yang mengakui mereka juga turut sama terbuai ketika mendengar alunan lagu terbabit.

@erniezakri23

lullaby for my daughter ❤

♬ original sound – erniezakriez – erniezakriez

Tak dinafikan pemenang Vokal Terbaik AJL 35 itu mempunyai suara yang sangat merdu, namun jarang sekali kita dapat mendengar Ernie menyanyikan lagu kerohanian.

I’tiraf merupakan lagu yang diilhamkan daripada syair doa terkemuka seorang pujangga Arab yang bernama Abu Nawas dan dipopularkan oleh Raihan sekitar tahun 90-an.

Apabila video terbabit dikongsikan, rata-rata peminatnya memohon agar Ernie untuk mengeluarkan sebuah album alunan zikir khas untuk tidurkan bayi.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan mereka yang sempat berseloroh yang meminta untuk menjadi anak Ernie dek kerana mereka juga mahu didodoikan seperti Khawla.

Untungnya Khawla dapat ibu bapa yang sangat berbakat serta mempunyai suara yang sangat merdu!

Tak sabar nak melihat wajah dan mendengar suara Khawla nanti!

Untuk rekod, puteri sulung pasangan penyanyi Syamel dan Ernie ini selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

Puteri Sarah tak pernah berbincang soal kahwin baru dengan anak-anak

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

Events Tue, 14 Mar 2023
Featured Mon, 21 Apr 2025

[VIDEO] “Sejuk Perut Ibu Mengandung”- ‘Belanja’ Surah Al-Fatihah, Netizen Komen Bacaan Amir Ahnaf Merdu

Pelakon popular, Amir Ahnaf mencuri perhatian selepas sepotong bideo pendek tular di platform TikTok.

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Featured Mon, 11 Nov 2019

Pengkaji temui formula baharu kesan kanser payudara lebih awal

Ujian darah mudahkan pengesanan kanser payudara

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

error: Content is protected !!