Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2022 @ 6:54pm

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat.

Perkara itu dikongsi beliau menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

” Ya Allah berikan aku kekuatan dari berkata yang bukan-bukan pagi ini. Sebab nanti kalau aku mencarut, gaduh mesti viral. Mesti jadi gaduh.

“Aku malu lah nak gaduh gaduh sesama sendiri bila umur dah tua tua macam ni. Orang sejenis outspoken macam abam ni memang payah untuk tidak berkata apa-apa bila tengok benda benda macam ni,” katanya.

Menurutnya, tindakan DSV menghasilkan muzik video sehingga menelan belanja sehingga  RM400,000 itu adalah lebih baik dibelanjakan dan disumbangkan terus kepada pusat tahfiz anak yatim berkenaan.

Malah, dia juga berpendapat bahawa ‘marketing’ murahan yang digunakan usahawan kontroversi ini sebagai melacurkan agama kerana mengajak orang ramai untuk menonton muzik video tersebut demi mengumpul dana untuk menyiapkan pusat tahfiz miliknya.

” Dengan rendah diri saya merayu. Tolong jangan tunggang agama kita Dato’ tolonglah. Saya rayu ni.

” Duit 400k buat MV tu lagi bagus dato sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal mahal macam tu pastu dato pancing kami semua support Dato dengan gula gulakan kami with this cheap marketing strategi.

” Dato nak pujuk orang tengok MV Dato tak per. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ni yer. Please la,” jelasnya.

Sementara itu, Ijat memaklumkan dia terpaksa menegur tindakan DSV ini berdasarkan kenyataan yang dibuatnya menerusi akhbar Harian Metro.

Ijat juga sempat memohon maaf sekiranya kata-kata teguran yang dibuatnya itu mengguris hati mana-mana pihak termasuklah  peminat mahupun DSV sendiri.

” Sorry la Dato kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur jugak sebab this is too much la. Saya jadi triggered! Statement Dato dekat Harian Metro ni memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.

” Maafkan saya kalau kata kata saya ni mengguris hati Dato dan die hard fan Dato. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang  bergaduh sesama sendiri kat sini memaki Dato. Memaki saya balik. Peace,” tulisnya.

Terdahulu, DSV melancarkan video muzik terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan yang kini telahpun menerima 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 20 Mac lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

‘DETAIL’ Buah Tangan Terbaharu Alif & SonaOne

Anda sudahpun mendengar lagu pertama mereka berjudul “Obvious” dan ini diikuti dengan persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu lewat “Pun Boleh” yang penuh bertenaga.

Events Tue, 15 Oct 2019
Trending Fri, 11 Jan 2019

选对日子开工!才能「诸事大吉」一整年

所谓一年之吉在于春,选对吉日开工对华人来说是非常重要的。

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Mon, 6 Sep 2021
Featured Wed, 11 Jan 2023
Kisah Viral Tue, 6 May 2025

Tragedi Rebut Tempat Minta Sedekah: Lelaki OKU Lembam Didakwa Memb*n*h

rebut tempat sedekah, OKU lembam didakwa membunuh

error: Content is protected !!