Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 5:29pm

Tampil Beto Kusyairi Sebagai Teraju Utama, Filem Gayong Angkat Kisah Warisan Melayu Ke Layar Perak

Sejak majlis pelancaran yang berlangsung pada September 2024 lalu, filem Gayong ternyata antara naskhah yang paling dinantikan peminat-peminat filem tempatan.

Apatah lagi, filem berkenaan diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).

Lebih menarik, pelakon popular seperti Beto Kusyairy turut dipilih selaku teraju utama memegang watak ADMAR, bersama-sama barisan pelakon popular lain seperti Syafie Naswip, Nabila Huda, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Setelah selesai menjalani penggambaran yang berlangsung di tiga buah lokasi ini iaitu, Kuala Lumpur, Sepang dan Tanjung Sedeli, akhirnya filem Gayong akan mula menemui peminatnya di pawagam berdekatan  seluruh negara pada 8 Mei 2025.

Menurut pengarahnya, Faisal Ishak, dia yakin filem berkenaan adalah antara naskhah aksi yang ditunggu-tunggu ramai.

“Saya merasakan Gayong tidaklah sekadar filem aksi semata-mata, tetapi ia juga platform untuk mengangkat warisan Melayu ke layar perak.

“Apabila menghasilkan filem ini, saya ingin penonton bukan sahaja menikmati aksi yang mendebarkan, tetapi turut merasai jiwa di sebalik setiap gerak dan Langkah serta pengorbanan dalam dunia persilatan,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam penerbitan filem Gayong ini, Faisal mengakui menghasilkan sebuah cerita yang diinspirasikan daripada kisah seorang tokoh persilatan terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah.

Barisan pelakon jalani latihan intensif

Jelasnya, cabaran yang dihadapi bukan sekadar dalam aspek teknikal dan produksi, tetapi lebih kepada memastikan ketulenan dan penghormatan terhadap warisan tokoh berkenaan.

“Sebagai pengasas seni silat Gayong, arwah bukan sahaja seorang pendekar, tetapi guru yang membawa falsafah mendalam tentang ilmu persilatan dan kehidupan.

“Jadi, saya perlu memastikan jalan ceritanya menangkap semangat, perjuangan dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan seni silat Gayong,” jelasnya.

Bagi memastikan filem Gayong dihasilkan dengan lebih mantap, Faisal memberitahu setiap barisan pelakon telah menjalani latihan intensif di bawah bimbingan Pengarah Aksi iaitu Yayan serta jurulatih Silat Gayong yang berpengalaman.

Menurutnya, ia adalah langkah penting bagi memastikan setiap gerakan, teknik, dan falsafah silat dipersembahkan dengan autentik dan penuh penghormatan terhadap warisan tersebut.

“Latihan yang dibuat bukan sekadar mengajar mereka pergerakan asas, tetapi juga membantu pelakon memahami disiplin, struktur gerakan, serta semangat yang terkandung dalam setiap jurus dan langkah Gayong,” ujarnya.

Pada masa sama, pengarah berkenaan mahu filem arahannya itu menjadi satu penghormatan  buat seorang legenda yang telah mewariskan ilmu yang begitu berharga.

“Secara jujurnya, saya berbesar hati dapat menerajui sebuah filem yang diinspirasikan dari kehidupan satu legasi, satu perjalanan yang menghubungkan sejarah dan semangat juang,” tambahnya lagi.

Dapat persetujuan dari pihak keluarga

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Gayong, Khairul Anuar Latip berkata, untuk menerbitkan filem berkenaan, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga ADMAR sendiri terutama anak perempuan dan cucu arwah.

Jelasnya, mereka telah mula kerja penyelidikan sejak bulan Disember 2023 dan berhubung dengan beberapa pihak untuk mendapatkan nasihat sehingga dipertemukan dengan waris kerabat keluarga ADMAR iaitu Hajah Fadzilah (anak) dan Zubaidah Hussin (cucu).

“Kami juga mendapat kerjasama daripada pertubuhan silat seni gayong Malaysia (PSSGM) yang diterajui oleh yang di pertuanya Lt. Jen (B) Dato Pahlawan Mohd Razif Hj Idris dan juga setiausaha Agung, Saudara Akramin Zikri Ali.

“Pihak PSSGM sentiasa berhubung dengan kami dalam segala urusan produksi termasuklah memberikan khidmat nasihat dengan menghantar beberapa ahli pertubuhan silat gayong sendiri ke lokasi untuk memastikan aksi persilatan yang dilakukan tidak tersasar dari gerak
seni silat gayong itu sendiri,” jelasnya.

Sedia dengan cabaran

Bercerita lebih lanjut mengenai filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Khairul mengakui pihaknya bersedia dengan sebarang cabaran.

Jelasnya, pada Mei nanti terdapat begitu banyak filem-filem hebat lain yang turut ditayangkan bulan yang sama, termasuk filem tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, kini sudah tiba masanya untuk penonton memberikan sokongan kepada cerita yang mengangkat tokoh pahlawan tempatan hebat dan masyhur seperti ADMAR supaya lebih dikenali segenap lapisan masyarakat.

“Selaku penerbit eksekutif, pada ada sedikit kerisauan terutama sekali dari segi kutipan. Bagaimanapun saya yakin filem Gayong ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke panggung.

“Harapan saya sudah pasti agar Gayong mendapat sambutan luar biasa dan saya yakin filem ini dapat membangkitkan semangat dan aura kepada mereka yang menontonnya nanti,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Khusyuk Berbahasa Arab, Hana Ismail Tidak Sengaja Terpanggil Dai Syed ‘Keldai’

Selepas mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Dai Syed dan isteri, Hana Ismail sering kali berkongsi rakaman romantis mereka di media sosial. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video Syed dan Hana sedang bersoal jawab menggunakan bahasa […]

Featured Sat, 28 Jan 2023
Trending Wed, 22 Aug 2018

Jangan Risau, Susu Tercemar Tidak Dijual Di Sini!

Produk susu rumusan bayi yang terlibat mempunyai berat bersih 850g setiap tin, nombor batch 09117R1 dan tarikh luput pada 11 Sept 2019.

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Hiburan Sat, 8 Jun 2024

Derita Kanser Usus Tahap Empat, Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Bapa Hanis Zalikha Alami Pendarahan Dalam Otak Akibat Terjatuh, Ingatan Makin Lemah – “Kalau Lewat Sikit Boleh Hilang Upaya Bercakap…”

Allahu sebagai anak, ni perkara yang kita paling takut kan.. Semoga bapa Keknis cepat sembuh

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Fizz Fairuz Di Kecam Kerana Gelaran Datuk

Kenapa mesti ada yang kecam dan suka pertikaikan tentang kejayaan seseorang. Sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukan mengecam . Terbaru yang terkena kecaman adalah Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia tetapi masih terus kekal positif. “Mungkin ramai tidak tahu saya […]

Featured Fri, 7 Apr 2023

“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

Amelia diperintah bayar saman lebih RM200,000 beserta buat permohonan maaf dan padam video berunsur fitnah.

error: Content is protected !!