Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 2:35pm

Didakwa Jalani Pembedahan Untuk Tampil Lebih Segak, Ini Respons Hael Husaini

“Mengenai dakwaan itu, saya memang ada dengar. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum sahaja,” itu respons penyanyi Hael Husaini mengenai tuduhan dia menjalani pembedahan untuk kelihatan lebih segak.

Berpenampilan kemas dan menarik berbanding awal kemunculannya dalam industri hiburan, Hael sendiri tidak mengetahui punca dakwaan itu tercetus.

“Apa yang boleh saya cakap, ia datang dengan peredaran usia. Semakin kita meningkat umur, semakin kita pandai menjaga ketrampilan diri.

“Ketika di usia muda dahulu, sewaktu saya baru masuk industri, soal penampilan tidak saya fikirkan.

“Itu membuatkan penampilan saya kini nampak lebih rapi berbanding dahulu. Kalau masa awal masuk industri, semuanya buat sendiri.

“Kini, saya mempunyai pasukan untuk menata rias penampilan saya di acara besar dan majlis istimewa.

“Tapi sekarang jika ada acara berskala kecil yang perlu saya hadiri, saya masih bersiap sendiri seperti dahulu,” selorohnya.

Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Cahaya Festira Festival Ramadan Selangor 2022 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam sebentar tadi.

Festival anjuran PKNS Real Estate (PREC) itu merupakan acara tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.

Festival terbesar Ramadan itu juga mensasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

Trending Sun, 24 Nov 2019
Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Trending Sat, 14 Apr 2018

Pesawat Terbesar Di Dunia Mendarat Di KLIA

Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Trending Wed, 16 Jun 2021
error: Content is protected !!