Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 25, 2022 @ 11:01am

#HelloPadin: Netizen… Jangan Cepat Jatuhkan Hukum, Umpama Kita Paling Maksum!

Bertemu kita lagi dalam #HelloPadin!

Seperti biasa, menerusi ruangan ini, saya akan membicarakan mengenai topik pilihan sendiri, tak kiralah perkara trending semasa atau sensasi hiburan yang memanaskan radar dunia seni.

Sepanjang berada dalam bidang penulisan hiburan, tentunya saya sudah menemu ramah ramai artis dan selebriti.

Penglibatan hampir sepuluh tahun dalam industri seni tanah air membuatkan saya mendekati dan mengenali figura yang dipuja oleh masyarakat dengan lebih dekat.

Sepanjang bekerja, saya begitu mengingati sesi temu bual bersama pelakon genit yang kini sedang hamil anak kedua, Elfira Loy.

Ketika itu, pada tahun 2016, satu Malaysia dihebohkan dengan tindakan seorang aktres yang kembali ‘free hair’ selepas tiga tahun berhijab.

Kapasiti Elfira sebagai rakan selebriti kepada aktres itu membuatkan saya bertanyakan pendapatnya mengenai kontroversi yang tercetus.

Selain itu, Elfira juga baru sahaja berhijab pada tahun 2015 bersempena hari lahirnya yang ke-21.

Komen Elfira mengenai isu terbabit membekas di hati saya dan menjadi antara sesi temu bual yang paling saya ingati sehingga kini.

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lihat ialah dia sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respons negatif terhadap perkara ini,” katanya.

Saya tersentak. Betul kata Elfira. Bukan sahaja ujian untuk dia, tetapi ujian juga untuk kita.

Biarpun sesi temu ramah itu sudah lama berlalu, apa yang diperkatakan Elfira masih lagi tersemat di fikiran saya dan sangat sesuai dengan situasi kita ketika ini.

Ya, itu adalah ujian.

Sebenarnya, ujian itu bukan hanya untuk individu yang mencetus isu, tetapi untuk kita semua, netizen yang duduk di kerusi pemerhati.

Kebelakangan ini, saya boleh katakan ramai yang menurut emosi penuh amarah ketika memberikan komentar mengenai sesuatu perkara.

Kadang-kadang, isu atau kontroversi terbabit tak ada kena mengena pun dengan diri sendiri, tetapi untuk kekal up to date, pastinya ada yang berperanan lebih sudu daripada kuah.

Kita semua sedang diuji. Bagaimana kita memberikan respons? Adakah percakapan kita lebih berbisa berbanding isu yang tercetus?

Kenapa ada segelintir yang terus menghukum dengan tohmahan tanpa belas kasihan menggunakan jari dan menjelma sebagai wira papan kekunci?

Ada beza antara ‘mengkritik secara membina’ dengan ‘menghentam secara membabi buta’.

Setiap apa yang berlaku, ada baiknya jika kita mengambil pengajaran serta iktibar.

Menegur boleh, mengkritik untuk tujuan membina juga boleh, tetapi janganlah sehingga menyakitkan dan menghina.

Dalam era media sosial sekarang, kita mudah untuk melampiaskan nafsu amarah yang membara terhadap sesuatu isu, malah kadang-kadang ia sangat berlebihan.

Saya selalu sematkan dalam fikirkan, kita semua manusia biasa, tak boleh lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan kerana kita bukannya sempurna.

Dunia ini berputar. Kadang di atas, kadang di bawah. Mungkin satu hari nanti, kita akan diuji dan pastinya kita mengharapkan sokongan tanpa berbelah bahagi, bukan kata-kata nista yang menyakitkan hati.

Jadi, janganlah cepat menghukum. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, bukan sahaja untuk mereka, tetapi untuk kita.

Saya akui, saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan namun ada baiknya jika saya tidak cepat menghukum.

Kredit foto: Vecteezy, Instagram Elfira Loy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Tunggu Giliran Peraga Baju KLFW, Aznil Nawawi Rakam Detik Cemas Letupan di Pavilion!

Ya Allah takutnya tengok letupan tu! Terima kasih dekat polis bantuan yang pantas bertindak.

Trending Wed, 10 Apr 2024

Dai Syed, Hana Ismail Bakal Timang Anak

Tahniah Dai Syed & Hana!

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Zizan Nin Terbuka Penampilan Terkini Diperlekeh Netizen – “I Age Gracefully, Sejajar Dengan Usia”

Zizan Nin terbuka, tak cepat melatah netizen kritik wajah dan penampilan terkini

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] “3 ,4 Kali Ulang Still Hilarious” – Netizen Puji Senang Terhibur Minggu Kedua Bikin Pecah Perut

Senang Terhibur minggu kedua diteruskan lagi dengan persembahan pembukaan iaitu nyanyian daripada Shuk Sahar dan Jihan Muse dengan lagu Pening nyanyian asal Ezlynn  dan kemeriahan terus dihangatkan dengan artis jemputan seperti Neeta, Aepul Roza, Myo […]

Trending Mon, 13 Nov 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Zoey Rahman antara artis yang mengikuti trend S-Line.

Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

钟镇涛「上山」与你一起欢度平安夜!

相隔不到一年,钟镇涛再次攻上云顶,于12月24日(星期一)晚上10时,举办个人巡回演唱会,与大马歌迷共度一个难忘的平安夜。

Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!