Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 26, 2022 @ 12:30pm

“Buat Marketing Murahan Ke?” – Kongsi Foto & Kapsyen ‘Rog*l Time’, Netizen Sekolahkan Erry Putra

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Erry Putra menjadi perbualan hangat di ruangan media sosial Twitter selepas satu ciapan tular mengenai perkongsiannya di laman Instagram yang dianggap jijik.

Ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar Instagram Erry.

Erry berkongsi gambar bersama seorang pelakon wanita dengan kapsyen ‘Rogol Time’ bersama emoji percikan air.

Ia meninggalkan persepsi negatif sehingga mengundang kecaman netizen.

Keterlanjuran hantaran yang dimuat naik oleh Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad itu tidak dinafikan sukar untuk diterima wargamaya.

Rata-rata netizen bertindak menegur dan mengecam Erry serta menyifatkan kapsyen tersebut seolah tidak beradab kerana ia merupakan lawak lucah.

Meninjau reaksi ciapan tersebut, ada yang mengaitkan tindakan aktor itu seakan mengikut jejak langkah pelakon Zul Ariffin yang memuat naik adengan panas untuk mempromosikan drama berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan hantaran tersebut sudah dipadamkan di laman Instagram miliknya dan pelakon berusia 44 tahun itu juga dipercayai telah menetapkan semua akaun media sosialnya dalam mood peribadi, berkemungkinan disebabkan insiden tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 3 Apr 2024
Featured Thu, 22 Aug 2024

Enggan Berpisah, Teman Lelaki Nekad Sebar Video L*cah Anak Vokalis Popular

Alahaiiiii, ni lah yang orang cakap-cakap kat X tu?👀💥

Hiburan Fri, 4 Oct 2024

Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Allahuakbar, tak baik la nak fitnah orang sampai macam tu sekali 🥹

Acara Fri, 10 Feb 2023
error: Content is protected !!