Hiburan By: Padin March 28, 2022 @ 4:24am

Mahu Lebih Serius Dalam Bidang Pengacaraan, Wany Hasrita Impi Kendali Program Nona

Penyanyi Wany Hasrita mahu lebih serius dalam bidang pengacaraan.

Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, mengimpikan untuk menjadi hos program popular Nona di TV3.

“Selain menyanyi, saya memang minat dalam bidang pengacaraan. Saya pernah mengacara beberapa program sebelum ini.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, saya ada menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara sepanjang Ramadan.

“Saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya menanam impian untuk mengacarakan rancangan Nona.

“Mungkin perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang, tapi tak salah untuk saya menyimpan cita-cita untuk menjadi hos program hebat seperti Nona. Insya-Allah, satu hari nanti,” katanya.

Tambah pelantun lagu Cinta Khayalan itu, setiap pengacara Nona mempunyai kelebihan tersendiri.

“Saya memang peminat Nona dan semua pengacara yang mereka tampilkan mempunyai karisma.

“Seperti contoh, Amyra Rosli mempunyai keunikan dan saya suka menonton cara dia membawa program Nona. Begitu juga Mira Filzah yang mempunyai kelembutan tersendiri.

“Ada juga peminat yang mengatakan ciri-ciri kelembutan yang ada dalam diri saya sesuai untuk program ini, saya sendiri tak pasti.

“Tapi, menjadi seorang yang suka mencuba, saya sangat terbuka jika diberikan peluang, mungkin untuk mengendalikan segmen terlebih dahulu,” katanya.

Wany ditemui di majlis pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka pada Sabtu.

Baloy Wholesale Mart secara rasminya dibuka di bandar Melaka dengan tawaran pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah.

Menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada peniaga kecil dan usahawan, Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka turut mempunyai pusat khidmat pelanggan yang lengkap dengan kafe.

Majlis terbabit dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Sdn Bhd, Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd, Lee Wei Sheong dan Pemegang Lesen Baloy Wholesale Melaka, Dennis Yong dan Chan Chin Hwa.

Selain Wany, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Ara Johari dan Issey Fazlisham.

Ia merupakan pasaraya borong pertama Baloy selepas membuka 60 buah kedai runcit sejak 4 tahun lalu.

“Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan iaitu bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin.

“Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd.

Pihaknya juga akan membuka sebuah lagi Baloy Wholesale Mart di Bukit Rambai tahun ini sebelum Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Doakan Remy kembali pulih seperti biasa.

Trending Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

李俊颉推单曲晋升「艺人企业家」为老人院筹募

Victor李俊颉相隔六年再推出全新单曲《记得我爱你》送爸爸,以「艺人企业家」的身份再出发,为慈善,梦想和事业一同打拼!

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

约定你12月10日《原制原创大满秀》槟城站!

由ntv7、八度空间以及网络电视tonton主办的2017年《原制原创大满秀》第二站,将于12月10日,早上7时至中午12时在槟城占领土库街盛大举行!

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Baru 4 Jam Di Youtube, Blackpink ‘Kill This Love’ Cecah Tontonan Lebih 10 Juta

Menurut Soompi, tayangan klip tersebut mencatat sehingga lebih 10 juta tontonan hanya dalam masa 4 jam 13 minit!