Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi November 16, 2022 @ 4:58pm

[VIDEO] Demi PRU15, Zuraida Kamaruddin Bahayakan Diri Berkempen Di Tengah Jalan Raih Sokongan

Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan keluar mengundi.

Pastinya setiap parti yang bertanding giat melakukan kempen bagi meraih sokongan penduduk di sesebuah parlimen.

Namun dalam kesibukan berkempen, tular satu klip rakaman yang memaparkan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin sedang berdiri di tengah jalan untuk berkempen bagi meraih undi pada PRU15.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, memaparkan calon Parlimen Ampang itu memegang plakad sambil berdiri di pembahagi jalan atau ‘divider’ baru-baru ini.

Berdasarkan pemerhatian, ‘flashmob’ itu dilakukan Zuraida bersama penyokongnya di sebuah jalan utama di Ampang.

@pbmrasmi #zuraidakamaruddin melambai terus kepada pengundi2 di #ampang #tiktokmalaysia #forypurpage #fyp ♬ suara asli – rainn – ꦫꦲꦀꦤ꧀ || rainn

@pbmrasmi kami doakan kemenangan auntie Zue kami. #PartiBangsaMalaysia #zuraidakamaruddin #pru15 #fyp #forypurpage ♬ suara asli – Tempat Bercerita

Difahamkan kaedah ‘flashmob’ tersebut telah dilaksanakan sejak 2008 sebagai salah satu rangka kempen pilihan raya.

Namun menjengah ke ruang komen perkongsian itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang melihat cara Zuraida berkempen kerana menyifatkan flash mob itu sangat merbahaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Sayuu pula min tengok Aedy ni. Tapi, best kan layan perasaan sorang sorang, tambah lagi ada view cantik ☺️☺️ Tenangg je!

error: Content is protected !!